awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sewa tapak bazar Ramadan 2026 DBKL kini RM400 - Hannah
Lelaki maut rempuh lori melintang tengah jalan
Buang puntung rokok, botol minuman, wanita Indonesia didenda, diperintah khidmat masyarakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembaga Air Perak umum bonus dua bulan setengah

Shafiq Noordin
Shafiq Noordin
06/12/2018
13:42 MYT
Lembaga Air Perak umum bonus dua bulan setengah
AHMAD FAIZAL: Bonus ini akan mula dibayar penghujung bulan ini kepada semua kakitangan selewat-lewatnya sebelum sambutan hari Krismas. - Gambar fail
Lembaga Air Perak (LAP) akan membayar bonus sebanyak dua bulan setengah kepada kakitangannya penghujung tahun ini, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi LAP berkata pembayaran bonus itu akan melibatkan 1,100 kakitangan LAP dengan perbelanjaan berjumlah RM6.7 juta.
“Bonus ini akan mula dibayar penghujung bulan ini kepada semua kakitangan selewat-lewatnya sebelum sambutan hari Krismas.
“Tahun ini juga kita galakkan kakitangan LAP untuk memberi sumbangan secara rela kepada fakir miskin sebagai tanda menginsafi berapa untungnya mereka berbanding golongan berkenaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat LAP, di sini pada Khamis.
Ahmad Faizal juga turut memberitahu sehingga 31 Oktober 2018, LAP telah mencatatkan anggaran keuntungan bersih selepas cukai berjumlah RM51.47 juta iaitu peningkatan sebanyak 0.4 peratus.
“LAP telah mencatatkan jualan air sebanyak RM285.60 juta berbanding tahun lalu iaitu RM279.10, ini merupakan peningkatan 2.3 peratus.
“Bilangan akaun pengguna juga telah meningkat dari 770,545 pada 31 Oktober 2017 kepada 786,271 pada tempoh sama tahun ini, sekali gus turut mencatatkan peningkatan bersamaan 2.0 peratus,” jelas beliau.
Selain itu, Ahmad Faizal turut mengumumkan bahawa LAP telah membelanjakan sebanyak RM1.29 juta bagi Program Penurunan Tarif Air melalui pemberian diskaun kepada semua pengguna domestik mulai 1 Ogos hingga 26 November 2018.
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#bonus
#LAP
#Lembaga Air Perak
#Menteri Besar Perak
#Pengerusi LAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan