Perlantikan empat anggota lembaga pengarah baharu Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka dapat membantu mengembalikan kegemilangan institusi itu sebagai institusi yang disegani dan diyakini rakyat Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata barisan anggota lembaga pengarah ini seterusnya akan turut dapat memulihkan imej TH daripada sudut perniagaannya pada masa akan datang.
"Anggota-anggota lembaga pengarah (TH) yang baharu ini dilihat berpotensi untuk menjadikan TH sebagai institusi yang akan mengembalikan semula maruah (negara) dan menjadi kebanggaan kepada berpuluh ribu pendeposit TH," katanya kepada media selepas melawat khemah jemaah haji Malaysia Muassasah di Arafah, Isnin.
Barisan anggota lembaga pengarah baharu ini akan terus memulakan kerja-kerja pemulihan semula imej bersama Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif TH yang dilantik baru-baru ini.
Mereka ialah bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perakaunan Profesional Malaysia Datuk Zaiton Mohd Hassan dan Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia Prof Dr Ashraf Md Hashim.
Sementara itu, Datuk Seri Ismail Bakar dilantik sebagai Wakil Perbendaharaan untuk TH mulai 10 Ogos. Beliau ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Abu Talib kini mengetuai Jawatankuasa Khas mengenai 1Malaysia Development Bhd, manakala Zaiton ialah anggota lembaga pengarah Bank Islam, Sime Darby Plantations Bhd dan Dolphin International Bhd.
BACA: Abu Talib dilantik sebagai ahli lembaga Tabung Haji
Ashraf pula berkhidmat sebagai anggota Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Bursa Malaysia.
Sementara itu, kesemua 30,200 jemaah haji Malaysia hari ini selamat tiba di Mina setelah bermabid di Muzdalifah dan selesai melontar di jamrah qubra untuk mendapatkan tahallul awwal.
Mereka akan bermalam di Mina sekurang-kurangnya enam jam setiap hari selama tiga hari sebelum melakukan lontaran di tiga jamrah - Sughra, Wusta dan Qubra - sehari untuk tiga hari tasyrik, 11, 12 dan 13 Zulhijjah bagi melengkapkan ibadah haji mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 21 2018
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata barisan anggota lembaga pengarah ini seterusnya akan turut dapat memulihkan imej TH. - Gambar fail/BERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Lembaga pengarah baharu TH mampu kembalikan kegemilangan
Perlantikan empat anggota lembaga pengarah baharu Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka dapat membantu mengembalikan kegemilangan institusi itu sebagai institusi yang disegani dan diyakini rakyat Malaysia