Bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Ismee Ismail memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau meletak jawatan dalam SRC International Sdn Bhd kerana tidak bersetuju dengan cara pengurusan akaun dan kewangan syarikat yang dikendalikan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nik Faisal Ariff Kamil.
Ismee, 54, yang pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah SRC International, ketika membacakan penyataan saksi berkata beliau mengemukakan surat peletakan jawatan dalam syarikat itu pada 6 Mei 2014 dan peletakan jawatannya secara rasmi ialah pada 15 Ogos 2014.
"Dalam tempoh bulan Mei sehingga bulan Ogos itu, saya tidak lagi aktif melibatkan diri dalam pengurusan SRC.
"Saya meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan cara pengurusan syarikat yang dikendalikan Nik Faisal, terutama berhubung akaun dan kewangan syarikat," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ishak Mohd Yusoff pada hari ke-21 perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Saksi pendakwaan ke-39 itu juga berkata kebanyakan tindakan berkaitan SRC dilakukan Nik Faisal kerana beliau akan membentangkan sebarang kertas kerja kepada Lembaga Pengarah untuk diputuskan dan mengambil tindakan susulan bagi setiap projek yang ingin dilaksana oleh syarikat berkenaan.
Beliau berkata bagi SRC International, sebarang keputusan Lembaga Pengarah perlu mendapat nasihat daripada Advisor Emeritus syarikat berkenaan iaitu Najib.
"Jika terdapat sebarang perkara yang perlu dibawa ke perhatian beliau (Najib), tindakan itu akan dilakukan oleh Nik Faisal sahaja kerana hanya dia yang bertindak sebagai 'link' antara Lembaga Pengarah SRC dan Najib.
"Tindakan melaporkan sebarang perbincangan atau keputusan berkaitan SRC akan dibuat oleh Nik Faisal sahaja kepada Najib," katanya.
Ismee, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lembaga Tabung Haji, berkata beliau pernah menimbulkan persoalan berkaitan isu pentadbiran syarikat itu kepada Nik Faisal.
"Nik Faisal selalunya akan membalas dengan menyatakan perkara itu telah dibincangkan dan dipersetujui 'Kerajaan'.
"Pada pendapat saya, 'Kerajaan' yang dikatakan oleh Nik Faisal adalah merujuk kepada Najib," katanya.
Saksi itu berkata sebarang keputusan atau tindakan serta perkara berbangkit akan dibawa oleh Nik Faisal untuk dibincangkan dan dipersetujui Najib.
"Saya juga tahu yang Najib selaku perdana menteri telah melantik saya sebagai seorang pengarah SRC, dan beliau juga mempunyai kuasa untuk memecat saya.
"Saya sedar dan mengetahui bahawa kuasa mutlak untuk 'hire and fire' mana-mana Ahli Lembaga Pengarah SRC adalah terletak di dalam tangannya (Najib)," katanya.
Sementara itu, Ismee memaklumkan mahkamah bahawa SRC ada membuka akaun dengan AmIslamic Bank pada 23 Ogos 2013 bagi tujuan operasi syarikat.
"Saya juga ada menurunkan tandatangan di atas borang pembukaan akaun bank yang dibekalkan Ambank dengan akaun bernombor 211-202-201065-0 atas nama SRC International Sdn Bhd.
"Selain tandatangan saya, terdapat juga tandatangan semua ahli Lembaga Pengarah SRC yang lain iaitu Datuk Suboh Yassin, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Datuk Che Abdullah@Rashidi dan Nik Faisal," katanya.
Ismee berkata terdapat dua mesyuarat Lembaga Pengarah, masing-masing pada 23 Ogos 2011 dan 14 Feb 2012 yang dibentangkan Nik Faisal berhubung permohonan pembiayaan pertama dan kedua oleh SRC.
Saksi itu berkata dalam kedua-dua mesyuarat berkenaan, mereka telah bersetuju meneruskan permohonan pembiayaan pertama berjumlah RM2 bilion serta permohonan pembiayaan tambahan bagi jumlah sama (RM2 bilion) daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan kedua-dua pinjaman disokong oleh surat jaminan Kerajaan Malaysia.
"Daripada jumlah pembiayaan sebanyak RM4 bilion itu, lebih kurang RM40 juta telah digunakan untuk pembelian hartanah yang kemudiannya dijual kepada satu daripada anak syarikat SRC bernama Gandingan Mentari Sdn Bhd (GMSB)," katanya yang turut memaklumkan bahawa GMSB ditubuhkan bagi menguruskan proses jual beli hartanah di kawasan Bukit Jalil.
Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2019
Ismee hadir memberi keterangan pada perbicaraan kes Najib berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, yang masuk hari ke-21, di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. --fotoBERNAMA
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.