Pimpinan Pakatan Harapan (PH) khususnya yang beragama Islam perlu bebas daripada amalan rasuah selain meletakkan integriti sebagai asas utama dalam memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu ditekankan kerana ia akan menjadi contoh dan penanda aras oleh rakyat khususnya bukan Islam yang telah memilih PH sebagai kerajaan.
"Kalau umat Islam itu bila dia jadi pemimpin dia rasuah, zalim dan tidak berintegriti, bagaimana orang nak hormat dia? Islam pun tak dapat terima, inikan pula orang bukan Islam.
"Tapi kalau pemimpin Islam itu adil, membela nasib rakyat, menjaga integriti, tidak rasuah maka dia akan jadi contoh kepada semua manusia," katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Perdana bersama Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, pada Selasa.
Katanya, pimpinan PH juga perlu dekat di hati rakyat selain menyelesaikan segala masalah yang diluahkan mereka dengan baik.
"Kita perlu beristighfar yang sokong kita kebanyakannya adalah orang susah. Dia harap pemimpin dengar hasrat dan luahan dia. Jadi, kedua-dua pihak perlu bersama bagi menyelesaikan sesuatu perkara itu dengan baik," katanya.
Selain itu, Anwar yang juga bekas anggota Parlimen Permatang Pauh berjanji akan terus memelihara dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan khususnya dalam acara rasmi.
Katanya, bagaimanapun jika Malaysia mahu bergerak sebagai negara maju, penguasaan bahasa Inggeris juga perlu dimantapkan.
"Acara rasmi negara mesti memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ini tak boleh ditolak ansur.
"Tetapi sikap kita harus terbuka jika Malaysia nak berjaya sebagai negara maju maka penguasaan bahasa Inggeris juga perlu baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 29 2018
Anwar tiba pada Majlis Iftar Perdana di kediaman datuk kepada Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu di Gugusan Manjoi, Ipoh, 29 Mei, 2018. --fotoBERNAMA
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.