Letupan di CityONE Megamall, Sarawak

Letupan di CityONE Megamall, Sarawak
Situasi di lokasi letupan di CityONE Megamall. -Gambar Astro AWANI
KUCHING: Tiga lelaki maut manakala tujuh yang lain kritikal dalam insiden runtuhan bangunan disebabkan letupan gas di sebuah pusat beli belah di Kuching petang tadi.

Letupan yang berlaku di CityONE Megamall di Kuching kira-kira jam 3.30 petang Selasa itu turut mencederakan 25 yang lain.

Pengarah Operasi Bomba dan dan Penyelamat, Tiong Ling Hii berkata dua daripada mangsa cedera itu masih terperangkap di dalam runtuhan bangunan, lapor Bernama.

“Kesemua mangsa lain yang cedera telah dikejarkan ke hospital umum untuk mendapatkan rawatan lanjut,” kata Ling Hii.
Beliau berkata runtuhan bangunan itu berpunca daripada letupan gas dipercayai dari salah sebuah kedai makan di pusat beli belah itu.

Mangsa dipercayai pekerja pembinaan yang sedang mengubah suai dapur sebuah premis di medan selera yang masih belum dibuka serta kakitangan kompleks tersebut.

Identiti kesemua mangsa yang maut walau bagaimanapun belum dapat dipastikan.

Sementara itu, CityONE Megamall dalam posting terbaharu di Facebook rasminya memaklumkan pusat beli belah itu ditutup serta-merta kepada pengunjung hingga diberitahu kelak.


 



Kru Astro AWANI di Kuching sedang memantau perkembangan terbaharu insiden berkenaan.




[BERITA LANJUT MENYUSUL]

Tag: letupan, orang ramai, cedera, CityONE Megamall


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.