Insiden letupan besar di Beirut, Lubnan tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan sebaliknya berkemungkinan akibat kegagalan kerajaan negara itu mengawal dan menguruskan bahan letupan amonium nitrat dengan baik.
Pakar Kajian Strategik dan Antikeganasan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Profesor Madya Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata lebih memburukkan keadaan, negara itu mempunyai pelbagai masalah dalaman menjadikan situasi di Lubnan semakin mencengkam seterusnya memberi kesan yang besar.
"Apa berlaku di Beirut merupakan satu malapetaka besar, ini kerana negara itu sebenarnya mempunyai pelbagai masalah terutama perang saudara selama 15 tahun, ditambah dengan isu kemiskinan yang mana Lubnan juga antara negara miskin kerana hampir 50 peratus rakyat mereka berada pada paras kemiskinan.
"Negara itu juga mempunyai hutang yang sangat besar, ditambah pula dengan isu lain seperti pembunuhan bekas Perdana Menteri Rafiq Hariri pada 2005 dan Perdana Menterinya yang baharu, Hamad Hassan menghadapi pelbagai isu dalaman politik selain isu COVID-19," katanya ketika dihubungi semasa program 'Malaysia Petang Ini' terbitan Bernama TV pada Rabu.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan insiden letupan itu akan memberi peluang kepada kumpulan pengganas dan pihak yang tidak bersekutu dengan Lubnan untuk menyerang negara tersebut dalam tempoh ini.
Pakar Pengurusan Projek dan Bahan Tahan Impak Letupan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Profesor Madya Ir Dr Mohammed Alias Yusof pula tidak menolak kemungkinan letupan yang berlaku adalah disebabkan kebakaran dan letupan kecil pada amonium nitrat yang disimpan dalam gudang.
Beliau berkata ammonium nitrat, yang merupakan komponen utama baja dan digunakan dalam industri pertanian, mudah terbakar dan ia tidak boleh meletup tanpa peledak.
"Kemungkinan disebabkan ada bahan letupan dalam kuantiti yang banyak disimpan di bawah gudang dan ia mengeluarkan gas atau gelombang pada kelajuan amat tinggi seterusnya meranapkan bandar dan kawasan sekelilingnya," kata beliau.
Media antarabangsa hari ini melaporkan dua letupan besar menggegarkan Pelabuhan Beirut, Lubnan pada Selasa menyebabkan sekurang-kurangnya 135 orang terbunuh dan lebih 3,000 lagi cedera.
Letupan itu, yang berlaku di sebuah gudang di Pelabuhan Beirut pada kira-kira 6.10 petang waktu tempatan, menggegarkan hampir kesemua bangunan di seluruh bandar selain menyebabkan banyak nyawa terkorban dan kerosakan.
Punca sebenar letupan belum diketahui namun Menteri Dalam Negeri Mohammad Fahmi berkata ia mungkin disebabkan bahan kimia yang disimpan di gudang pelabuhan itu meletup.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 05 2020
Insiden letupan besar di Beirut, Lubnan tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan sebaliknya berkemungkinan akibat kegagalan kerajaan negara itu mengawal dan menguruskan bahan letupan amonium nitrat dengan baik. - Reuters
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Lelaki bersenjata serah diri, bebaskan tebusan pekerja bank
Insiden mencemaskan seorang lelaki bersenjata menjadikan sekumpulan pekerja bank sebagai tebusan di Beirut pada Khamis berakhir apabila dia menyerah diri.
Lelaki bersenjata jadikan pekerja bank tebusan, tuntut wang dibeku dipulangkan
Selain melepaskan tiga tembakan, suspek turut mengancam untuk membakar diri dengan petrol jika tuntutan untuk mendapatkan wang miliknya yang dibekukan tidak dipenuhi.
2 maut dalam insiden tembakan di Beirut, Lubnan
Sekurang-kurangnya dua maut manakala beberapa yang lain cedera dalam insiden tembakan di Beirut, Lubnan, lapor Xinhua.
Selepas insiden ledakan dahsyat, langit Beirut kembali diselubungi hitam suram
Kebakaran dikatakan berlaku di sebuah gudang yang menyimpan minyak mesin dan tayar di pelabuhan tersebut.
Angka korban letupan dahsyat pelabuhan Beirut meningkat ke 190 orang
Angka kematian akibat tragedi letupan di pelabuhan Beirut bulan ini meningkat kepada 190 orang dengan lebih daripaa 6,5000 lagi cedera, sementara tiga orang masih hilang.
Malaysia salur bantuan kemanusiaan RM1 juta kepada Lubnan
Muhyiddin berkata, Malaysia yakin dan percaya rakyat di negara itu mampu mengatasi impak tragedi itu.
Letupan Beirut: Malbatt 850-7 sedia beri bantuan kemanusiaan dan bencana
Pasukan berkenaan yang menyertai misi UNIFIL di Selatan Lubnan sejak Oktober tahun lepas, ketika ini masih meneruskan rutin operasi di bawah Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pasukan Interim PBB.