awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan di New York: Tiada rakyat Malaysia dilapor cedera - Wisma Putra

Bernama
Bernama
18/09/2016
10:28 MYT
Letupan di New York: Tiada rakyat Malaysia dilapor cedera - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam insiden letupan di 135 West 23rd Street, Chelsea di New York pada Sabtu. -AP
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam insiden letupan di 135 West 23rd Street, Chelsea di New York pada Sabtu.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata sehingga kini seramai 29 orang dilaporkan cedera dalam letupan yang berlaku pada 8.30 malam itu.
"Tiada warganegara Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden ini.
"Pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Wisma Putra akan terus memantau perkembangan berhubung insiden itu dari semasa ke semasa.
Selain itu, warganegara Malaysia yang berada di sekitar New York yang memerlukan bantuan konsular boleh berhubung secara terus dengan Konsulat Jeneral Malaysia di New York.
Orang ramai boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di New York melalui e-mel di [email protected] atau menghubungi +1(212) 490 2722/23.
Mereka juga boleh menghubungi Wisma Putra di talian 03-8887 4570 (24 jam).
Topic Berkaitan
#dilapor cedera
#insiden letupan
#Konsulat Jeneral Malaysia
#rakyat Malaysia
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan