awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan Kompleks Bersepadu Pengerang, tiada pencemaran alam sekitar - JAS

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
19/03/2020
07:22 MYT
Letupan Kompleks Bersepadu Pengerang, tiada pencemaran alam sekitar - JAS
Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa dan Petronas.
Kejadian letupan Diesel Hydro Treater Unit di Kompleks Bersepadu Pengerang, Kota Tinggi, Johor yang meragut lima nyawa Ahad lalu tidak mencetus sebarang pencemaran alam sekitar, kata Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor.
JAS Johor dalam satu kenyataan memberitahu, hasil siasatan pemantauan kualiti udara ke atas pencemar udara dan gas organik meruap mendapati bacaan adalah di bawah tahap yang boleh diterima dan selamat.
Menurut kenyataan itu, Petronas turut menjalankan pemantauan kualiti udara di kawasan sempadan dan juga mendapati tiada gas merbahaya atau gas hidrokarbon dikesan.
"Bagaimanapun punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa dan Petronas," katanya pada Khamis.
Kenyataan itu memberitahu, pemantauan kualiti udara itu dijalankan di sekitar kawasan premis iaitu di Gate 2 PIC, Gate 3 PIC, Kampung Lepau dan Kuarters Guru Pengerang, Kampung Lepau dan Kampung Lepau yang anggaran jarak kira-kira 2.17 kilometer dari lokasi kejadian.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 malam itu, tujuh pekerja dilaporkan terbabit dengan lima ditemui rentung, seorang melecur manakala seorang lagi selamat.
Sebelum ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran itu bertitah supaya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengambil tindakan segera bagi mengenal pasti punca kebakaran.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Kota Tinggi
#pengerang
#Petronas
#Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan