awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LGBT tidak diterima di Malaysia - Tun Mahathir

Firdaus Azil
Firdaus Azil
21/09/2018
05:16 MYT
LGBT tidak diterima di Malaysia - Tun Mahathir
DR MAHATHIR: Kita tak boleh terima LGBT, perkahwinan antara lelaki dan lelaki, perempuan dan perempuan; konsep kekeluargaan kita tetap sama. - Gambar fail
Kerajaan Pusat bertegas bahawa amalan seperti Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) tidak akan diterima sama sekali di negara ini.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, konsep kekeluargaan kekal sebagai pasangan lelaki dan wanita yang berkahwin, mempunyai anak, termasuk anak angkat.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media di sini hari ini, susulan permintaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) supaya kerajaan mengiktiraf golongan itu di negara ini.
“Kita kena ingatkan Suhakam, sistem nilai kita tak sama dengan sistem nilai barat. Mereka lebih bebas.
"Tetapi di Malaysia ada perkara tertentu yang kita tak boleh terima, walaupun sekarang boleh dianggap sebagai hak asasi manusia di barat.
“Kita tak boleh terima LGBT, perkahwinan antara lelaki dan lelaki, perempuan dan perempuan. Dan konsep kekeluargaan kita tetap sama, iaitu pasangan lelaki dan wanita, serta anak-anak, termasuk anak angkat,” katanya lagi.
BACA: Sebat, denda kerana cubaan aksi 'lesbian': Suhakam kecam keputusan mahkamah Terengganu
Terdahulu, Dr Mahathir mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Perdana Putra.
Topic Berkaitan
#keluarga
#LGBT
#Mahathir Mohamad
#perkahwinan
#sistem nilai
#Suhakam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan