awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir: Pasangan Itali berjaya dikeluarkan dari Taman Negeri Endau Rompin
Warga emas maut dilanggar kereta terbabas laluan bertentangan
Reman tiga lelaki warga asing terbabit sindiket dadah antarabangsa disambung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LHDN hanya perlu maklumat penderma yang menderma RM10,000 ke atas

Bernama
Bernama
09/09/2019
09:35 MYT
LHDN hanya perlu maklumat penderma yang menderma RM10,000 ke atas
LHDN turut menasihatkan semua pihak yang memperoleh kelulusan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 ini agar sentiasa mematuhi setiap syarat yang telah ditetapkan. - Gambar fail
Maklumat penderma yang menderma RM10,000 dan ke atas sahaja perlu dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di bawah garis panduan bagi kelulusan ketua pengarah di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, kata LHDN.
Garis panduan baharu itu telah dimuat naik pada laman rasmi LHDN di www.hasil.gov.my, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
LHDN berkata garis panduan baharu itu menggantikan garis panduan bertarikh 15 Mei dan berkuat kuasa mulai 5 Sept mengambil kira saranan Menteri Kewangan, iaitu hanya maklumat penderma yang menderma RM10,000 dan ke atas sahaja perlu dikemukakan kepada LHDN berbanding maklumat penderma yang menderma RM5,000 dan ke atas sebelum ini.
LHDN turut menasihatkan semua pihak yang memperoleh kelulusan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 ini agar sentiasa mematuhi setiap syarat yang telah ditetapkan dalam garis panduan tersebut bagi mengelakkan status kelulusan mereka dibatalkan disebabkan oleh sebarang ketidakpatuhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akta cukai pendapatan
#garis panduan
#hasil
#Lembaga Hasil Dalam Negeri
#LHDN
#penderma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan