Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya mengutip lebih RM4 billion menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS), yang diadakan sejak 3 Nov 2018 hingga 30 Sept lalu.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata bagaimanapun jumlah itu belum muktamad, kerana LHDN perlu membuat pelarasan dari semasa ke semasa.
"Ini kerana terdapat pembayar cukai menjelaskan cukai secara ansuran, yang boleh melangkaui tempoh 12 bulan dan ada juga kes bayaran itu dilakukan menggunakan baki kredit cukai, yang belum dibayar balik oleh LHDN," katanya pada sesi Kamar Khas persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai bilangan pembayar cukai yang telah menjelaskan pembayaran dan hasil pembayaran berjaya dikumpul oleh LHDN, menerusi PKPS.
Amiruddin turut memberi jaminan tidak akan melakukan siasatan dan audit terhadap pembayar cukai yang mengisytihar pendapatan secara sukarela, menerusi program itu.
"LHDN menerima pengakuan yang dibuat secara suci hati serta tiada audit atau siasatan akan dilakukan, kecuali terdapat kes yang dirujuk oleh mana-mana agensi penguatkuasaan lain, berhubung penglibatan pembayar cukai dalam aktiviti jenayah dan pengubahan wang haram," katanya.
Kerajaan melaksanakan PKPS sejak 3 Nov 2018 hingga 30 Sept lalu, bertujuan memberi peluang kedua kepada pembayar cukai yang mempunyai masalah pematuhan cukai, untuk membuat pembetulan pelaporan cukai mereka, dengan menawarkan kadar penalti rendah iaitu hingga 15 peratus.
Selepas tempoh itu berakhir iaitu mulai 1 Okt lalu, kadar penalti boleh dikenakan kepada pembayar cukai, yang mempunyai masalah dalam perkara itu adalah antara 45 peratus hingga 300 peratus, seperti yang diperuntukkan di dalam akta di bawah pentadbiran LHDN.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 21 2019
Kerajaan melaksanakan PKPS sejak 3 Nov 2018 hingga 30 Sept lalu, bertujuan memberi peluang kedua kepada pembayar cukai yang mempunyai masalah pematuhan cukai. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Tun Mahathir tinggalkan Pejuang bersama 12 lagi ahli
Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir mengumumkan keluar parti bersama beberapa ahli lain pada Jumaat.
Isteri calon PRU15 Kubang Pasu Amiruddin Hamzah meninggal dunia
Amiruddin memaklumkan jenazah disolatkan di Masjid Kariah Pantai, Seremban jam 10 pagi tadi.
PRN Melaka: Pejuang kemungkinan tidak letak calon
Namun, kata Amiruddin, keputusan itu boleh berubah pada saat akhir sekiranya keadaan diyakini lebih selamat.
Parlimen perlu bersidang secara kendiri - Pejuang
Ia bagi memenuhi tanggungjawab Ahli-ahli Parlimen membahas dan memutuskan tindakan perlu bagi membawa negara keluar dari krisis-krisis kesihatan, politik, ekonomi dan sosial.
Mahkamah perintah Menteri Dalam Negeri putuskan rayuan pendaftaran Pejuang dalam 14 hari
Hakim membenarkan permohonan Pejuang untuk semakan kehakiman terhadap tindakan Menteri Dalam Negeri dan RoS yang belum membuat keputusan terhadap rayuan mereka untuk mendaftarkan parti itu.
Pejuang ada beberapa strategi untuk didaftarkan - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, beliau tidak akan mendedahkan strategi yang telah dirancang untuk memastikan Pejuang berjaya didaftar.
Pejuang fail permohonan semakan kehakiman terhadap JPPM
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) termasuk pertubuhan itu sendiri.
Belanjawan 2021: Pejuang bantah keputusan had 80 ahli Parlimen di Dewan Rakyat
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) membantah keputusan mengehadkan 80 ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat menjelang pembentangan Belanjawan 2021.
Tiga bulan berlalu, status pendaftaran Pejuang jadi tanda tanya
JPPM seolah-olah menjadi alat kerajaan bermotifkan politik, sehingga boleh menimbulkan kecurigaan dalam kalangan rakyat, tegas Amiruddin.
Amiruddin kemuka surat Usul Tidak Percaya terhadap PM
Datuk Amiruddin Hamzah memaklumkan beliau telah menghantar surat berkenaan Usul Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.