Sambutan istimewa diadakan di Zoo Negara pada Selasa, meraikan hari lahir panda gergasi serta anaknya.

Panda gergasi "Liang Liang" dilahirkan pada 23 Ogos 2006, menjadikan usianya pada tahun ini mencecah 10 tahun.

Sambutan hari lahir Liang Liang dan anaknya diadakan serentak.

Pada 18 Ogos yang lalu, anak kepada Liang Liang yang diberi nama Nuan Nuan menyambut hari lahirnya yang pertama.

Sambutan ini menyaksikan kek istimewa disediakan yang diperbuat daripada ais, supaya boleh dinikmati panda yang diraikan itu.

Pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang yang sebelum ini dikenali dengan nama Fu Wa dan Feng Yi, tiba di Malaysia pada 21 Mei 2014.

Ia sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Kuala Lumpur dan Beijing.

Nuan Nuan merupakan panda pertama yang dilahirkan di luar China.