Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Lidah kanak-kanak tersangkut pada mulut botol minuman

Lidah kanak-kanak tersangkut pada mulut botol minuman
Anggota bomba mengambil masa 28 minit untuk mengeluarkan lidahnya daripada mulut botol berkenaan. -JBPM
BALING: Seorang kanak-kanak enam tahun terpaksa menahan sakit hampir sejam apabila lidahnya tersangkut mulut botol minuman di rumahnya di Baling pada Rabu.

Kejadian jam 4.50 petang itu dipercayai berlaku ketika kanak-kanak perempuan itu minum air daripada botol berkenaan.

Difahamkan, ibu bapa kanak-kanak itu cuba membantunya namun gagal lalu membawanya ke Hospital Baling, sebelum pasukan bomba dihubungi untuk memberi bantuan khas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata sepasukan anggota dihantar ke hospital itu.
"Anggota bomba terpaksa memotong corong botol terbabit dengan menggunakan gunting khas dan mengambil masa 28 minit untuk mengeluarkan lidahnya," katanya di sini, pada Rabu.



Tag: Hospital, Kedah, bomba, Kanak-kanak, air, operasi, lidah, tersangkut, corong, botol, baling



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.