Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong mendedahkan empat usul dikemukakan tiga Ahli Parlimen kepada Dewan Rakyat.
Vui Keong berkata, tiga ahli Parlimen mengemukakan usul berkenaan iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan beliau sendiri.
Menurutnya, Tun Mahathir memfailkan dua usul dan yang pertama adalah usul mengekalkan Tan Sri Ariff Yusoff sebagai Speaker Dewan Rakyat.
"Kedua, usul bahawa Yang Berhormat (YB) Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tidak mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat Dibawah PM 26(1) dibaca bersama PM 27(3) dalam Peraturan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Namun, setakat ini tidak tahu apa keputusan Tan Sri Speaker dalam perkara ini," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, Mohd Shafie pula telah memfailkan satu usul bahawa Tun Mahathir mempunyai keyakinan majoriti di bawah Peraturan Mesyurat 26(1) dan dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3) dalam Peraturan Peraturan 27(3) dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Sesungguhnya usul yang dikemukakan oleh YB Semporna (Mohd Shafie) adalah mengikut apa yang telah dibenarkan oleh Peraturan-Peraturan Dewan Rakyat mahupun Perlembagaan Persekutuan.
"Seharusnya semua pihak jangan hanya terus membuat andaian yang kononnya YB Semporna tidak menghormati keputusan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) terlebih dahulu," katanya.
Dalam pada itu, Vui Keong mendedahkan usulnya iaitu menangguhkan sidang dewan 18 Mei ini dengan empat sebab.
"Pertama, ada resolusi YB Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti. Kedua, ada resolusi YB Langkawi mempunyai majoriti.
"Ketiganya, Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-14 yang dijadualkan selama satu (1) hari melalui Notis Mesyuarat bertarikh 17 April 2020 oleh pihak Setiausaha Dewan Rakyat adalah bertentangan dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan.
"Sebab terakhir, tidak munasabah ahli Parlimen ke Sabah pergi ke sana untuk bersidang sehari sahaja," katanya.
Beliau berkata, pihaknya menrerima balasan daripada Speaker dan menyatakan tidak perlu disegerakan bagi sebab pertama dan kedua yang beliau nyatakan.
Tambahnya, mengenai sebab ketiga dan keempat pula, Speaker menyatakan ia mematuhi peraturan.
Ridzal Abdullah
Fri May 08 2020
Vui Keong mendedahkan usulnya iaitu menangguhkan sidang dewan 18 Mei ini dengan empat sebab. - Bernama
Lelaki bakar diri di luar mahkamah perbicaraan Trump meninggal dunia
Maxwell Azzarello didakwa menuang cecair mudah terbakar pada tubuhnya sebelum melemparkan risalah teori konspirasi ke udara.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
AWANI Ringkas: Keputusan kolektif MCA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tembak KLIA: Suspek buat pemeriksaan kesihatan mahu kerja di Arab Saudi
Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan seminggu sebelum kejadian tembakan itu berlaku.
Gaza Freedom Flotilla: Latihan antikekerasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Freedom Flotilla to Gaza: Latihan anti keganasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.
Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.