Menteri Kewangan Lim Guan Eng mempunyai pendapatan sebanyak RM86,464.92 sehingga 10 Oktober, menjadikan beliau wakil rakyat yang mempunyai pendapatan paling tinggi.

Manakala Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berada di tempat kedua dengan pendapatan RM77,629.68 setakat 18 Oktober lalu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula di tempat ketiga dengan pendapatan RM75,861.57 sehingga 19 Oktober manakala di tangga keempat pula ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dengan pendapatan RM73,576.15.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut berada dalam 10 teratas dengan pendapatan RM59,048.33.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pendapatan RMRM72,276.37, diikuti Menteri Industri Utama Teresa Kok berpendapatan RM68,142.66, manakala Menteri Pelancongan, Kesenian dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi RM67,483.43.

Senarai 40 ahli Parlimen kerajaan yang mengisytiharkan harta boleh dilihat di portal perisytiharan harta SPRM.