awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lim Kit Siang persoal apa keperluan universiti awam anjur Kongres Maruah Melayu

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2019
07:47 MYT
Lim Kit Siang persoal apa keperluan universiti awam anjur Kongres Maruah Melayu
Lim Kit Siang persoal apakah UM, UPSI, UiTM dan UPM anggup anjurkan kongres yang sama untuk meningkatkan maruah kaum lain di negara ini. - Gambar fail
MENJELANG Kongres Maruah Melayu (KMM) pada Ahad ini, penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan apa keperluan beberapa universiti awam menganjurkan acara itu.
Dalam masa sama, Kit Siang juga bertanya apakah Pusat Pengajian Kecemerlangan Universiti Malaya dengan kerjasama bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan UiTM sanggup menganjurkan kongres yang sama untuk meningkatkan maruah kaum lain di negara ini.
“Adakah empat universiti awam ini sanggup menganjurkan Kongres Maruah Cina Malaysia, Kongres Maruah India Malaysia, Kongres Maruah Kadazan Malaysia, Kongres Maruah Dayak Malaysia, Kongres Maruah Orang Asli Malaysia dan yang paling penting, Kongres Maruah Rakyat Malaysia?
“Martabat bagi rakyat Malaysia adalah jika setiap kumpulan etnik dan agama di Malaysia menikmati maruah masing-masing – yang selari dengan prinsip asas dalam Perlembagaan Malaysia dan Rukunegara,” kata Kit Siang dalam kenyataan yang diedarkan pada Jumaat.
Kongres itu anjuran Pusat Pengajian Kecemerlangan Universiti Malaya dengan kerjasama bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan UiTM. Ia bakal diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, pada Ahad ini.
KMM akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Stadium Malawati, Shah Alam pada Ahad ini.
Antara pemimpin yang dijangka hadir ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang manakala rombongan UMNO pula akan diketuai oleh Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa.
Dijangka 20,000 orang dari pelbagai latar belakang akan menghadiri kongres yang akan bermula pukul 8 pagi.
Penganjuran KMM akan menyaksikan Universiti Malaya mengendalikan persoalan politik, Universiti Teknologi Mara (ekonomi), Universiti Pendidikan Sultan Idris (pendidikan) dan Universiti Putra Malaysia pula akan menumpukan isu kebudayaan serta agama.
Topic Berkaitan
#DAP
#Kongres Maruah Melayu
#Lim Kit Siang
#Penasihat DAP
#Pusat Pengajian Kecemerlangan Universiti Malaya
#UiTM
#UM
#UPM
#UPSI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan