Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Lima direman, 32 dikompaun atas kesalahan ingkar arahan PKP

Lima direman, 32 dikompaun atas kesalahan ingkar arahan PKP
PDRM telah menahan 37 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan termasuk pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP). - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 37 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan termasuk pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai lima individu telah direman manakala 32 individu dikenakan kompaun.
Tambah beliau, antara kesalahan ingkar PKP termasuk aktiviti dalam pub atau kelab malam (1 individu), aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (16 individu) serta aktiviti yang melanggar SOP (20 individu).

“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 65,253 pemeriksaan semalam (12 Julai 2020) bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP PKP Pemulihan (PKPP).
“Sebanyak 2,762 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 12,343 anggota telah membuat pemantauan di 3,974 pasar raya, 5,607 restoran serta 1,315 penjaja, 1,079 kilang, 3,718 bank dan 740 pejabat kerajaan.

“Juga 1,120 terminal pengangkutan darat, 252 terminal pengangkutan air serta 121 terminal pengangkutan udara telah dipantau oleh Task Force Operasi Pematuhan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan PDRM telah membuat 65 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 40,255 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.

“Dari 1 Mei sehingga 12 Julai 2020, seramai 1,494 PATI, 249 tekong serta 110 penyeludup telah ditahan.

“Turut ditahan 50 bot dan 191 kenderaan yang terlibat dalam percubaan mencerobohi sempadan negara,” ujarnya.


Tag: ismail sabri yaakob, PDRM, SOP, bank, polis, kerajaan, air, pati, keselamatan, menteri, operasi, Polis Diraja Malaysia, bot, Malaysia, penjarakan sosial, perintah kawalan pergerakan, PKPP, PKP



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.