Lima 'hotspot' aktiviti dadah di pantai barat Sabah

Lima 'hotspot' aktiviti dadah di pantai barat Sabah
Haris (tengah) ketika sidang media di IPD Penampang pada Jumaat. - Astro AWANI
PENAMPANG: Polis telah mengenal pasti lima titik panas atau 'hotspot' aktiviti dadah di sekitar pantai barat Sabah.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Haris Ibrahim berkata, langkah-langkah pembersihan akan dilakukan secara besar-besaran untuk menjadikan kawasan-kawasan berkenaan bebas dadah dalam tempoh tiga bulan akan datang.

"Kita telah kenal pasti lima kawasan iaitu satu di Penampang, empat di Putatan.
"Kita akan jadikan mereka sebagai 'kampung angkat' di mana pihak polis akan menjalankan pelbagai operasi di sana," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Haris berkata sejak awal Januari, pihaknya telah melaksanakan 32 operasi besepadu di kawasan terbabit dan membuat pemeriksaan ke atas 151 individu.

Jelasnya, tiga individu ditahan mengikut Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala 20 lagi ditahan mengikut Seksyen 12(2) akta sama sementara 38 penagih dadah ditahan dan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Dalam operasi berkenaan, polis turut berjaya merampas sejumlah dadah jenis syabu, ganja dan Eramine-5 yang berjumlah keseluruhan RM5, 000.

"Saya meminta bantuan orang awam, sekiranya ada maklumat tentang kegiatan penyalahgunaan dadah di Kawasan-kawasan kampung ataupun di kawasan berhampiran kediaman, tolong maklumkan kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Penampang.

"Kami akan mengambil tindakan dan menjalankan serbuan," tambahnya.




Tag: dadah, Penampang


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.