Ini lima perkara utama yang diekstrak daripada sidang media Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada hari ini.

1) Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi Pengerusi Bersatu dan keahliannya bersama empat lagi pemimpin tertinggi bukan dipecat, sebalik terhenti mengikut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3. perlembagaan parti.

2) Setiausaha Kerja Bersatu, Datuk Suhaimi Yahya masih kekal jawatan.

3) Keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan (PH) telahpun diputuskan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi bertarikh 23 Februari, yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir.

4) Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun memberhentikan Senator Datuk Wira Marzuki Yahya melalui notis yang bertarikh 18 Mac berkuat kuasa serta-merta.

5) Pelantikan Setiausaha Agung yang baharu dibuat Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, maka semua arahan atau kenyataan yang dikeluarkan Senator Datuk Wira Marzuki Yahya adalah tidak sah serta satu salah guna kedudukan.