awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima juta warga asing disaran sertai PKKI Peka - Zuhairi

Astro Awani
Astro Awani
23/10/2019
13:00 MYT
Lima juta warga asing disaran sertai PKKI Peka - Zuhairi
Pengarah Bahagian Khidmat Masyakat Peka, Chee Keen Har (tiga dari kiri) mengetuai program penyampaian sumbangan kepada warga emas di Jinjang Utara, Kuala Lumpur. - Gambar Peka
Kira-kira lima juta warga asing di negara ini disaran mengambil peluang menyertai Program Kebajikan dan Khidmat Imigran (PKKI).
Presiden Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka), Datuk Paduka Zuhairi Ab. Kadir berkata, seramai 41,320 orang warga asing menyertai PKKI sejak program itu dilaksanakan pihaknya pada Julai tahun lalu.
“Peka sentiasa mengalu-alukan warga asing sama ada yang telah lama berada di negara ini atau yang baharu menjejakkan kaki ke sini untuk berdaftar di bawah program itu.
"Warga asing terutamanya yang baharu menjejakkan kaki ke negara ini tidak perlu khuatir tentang isu kebajikan kerana menerusi program Peka, mereka akan mendapat khidmat guaman percuma, selain Peka akan melaporkan setiap aduan penganiayaan supaya diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
"Lebih penting, warga asing terlibat dilindungi insuran bagi rawatan penyakit, kemalangan serta kematian. Masih ramai majikan yang tidak sedar betapa sukar menguruskan jenazah mereka jika berlaku kematian," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Zuhairi dalam pada itu berkata, lebih 2,000 warga emas dan golongan memerlukan di sekitar Lembah Klang akan menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Peka menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan setiap bulan.
Menurutnya, program CSR itu dilaksanakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut bermula Februari tahun lalu.
"Kita sedang merangka untuk memperluaskan program CSR ini ke seluruh negara bagi memastikan lebih ramai golongan memerlukan mendapat bantuan menerusi program ini.
"Kita jangka bermula hujung tahun ini, program CSR ini akan diperluaskan ke seluruh negara," katanya.
Peka sebelum ini dilaporkan turut menyediakan khidmat pengurusan dokumentasi bagi membantu keperluan warga asing termasuk mendapatkan lesen memandu kenderaan pada yang layak.
Selain itu, warga asing juga akan diberi kad mengandungi maklumat diri peserta untuk rujukan dan mempunyai fungsi sistem Touch n Go untuk pelbagai kemudahan.
Topic Berkaitan
#jenazah
#kerajaan
#NGO
#Touch a Go
#warga asing
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan