awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima lagi kes jangkitan COVID-19 disahkan di Singapura, jumlah kini 72

Bernama
Bernama
15/02/2020
21:05 MYT
Lima lagi kes jangkitan COVID-19 disahkan di Singapura, jumlah kini 72
Daripada 54 kes positif yang masih dirawat di hospital di Singapura, kebanyakannya stabil atau semakin pulih manakala enam dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura hari ini mengesahkan lima lagi kes jangkitan COVID-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 72.
MOH dalam kenyataan memaklumkan kes positif baharu itu melibatkan tiga rakyat Singapura dan masing-masing seorang warga Bangladesh dan China yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China baru-baru ini.
Tiga daripada mereka dikaitkan dengan kluster di gereja The Grace Assembly of God, seorang kluster di tapak pembinaan Seletar Aerospace Heights dan satu lagi kes dikaitkan dengan kes sebelumnya.
BACA: Sembilan lagi kes baharu COVID-19 dicatat di Singapura
Menurut MOH sejumlah 18 kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu dan telah dibenarkan keluar hospital.
Daripada 54 kes positif yang masih dirawat di hospital, kebanyakannya stabil atau semakin pulih manakala enam dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat
Setakat ini, lima kes dikaitkan dengan The Life Church and Missions Singapore di Paya Lebar Road; sembilan kes kepada kluster dikaitkan dengan kedai produk kesihatan Cina, Yong Thai Hang; tiga (mesyuarat perniagaan swasta di Grand Hyatt Singapura); dua (tapak pembinaan Seletar Aerospace Heights) dan dua lagi (Grace Assembly of God).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#China
#COVID-19
#gereja
#jangkitan
#Kementerian Kesihatan
#kluster
#perjalanan ke China
#rakyat
#Singapura
#tapak pembinaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan