Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa penahanan lima peguam lima tahun lepas oleh adalah salah dan tidak sah.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara mengarahkan Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Puspawati Rosman, Syuhaini Safwan dan Ravinder Singh Dhalliwal diberi ganti rugi am RM15,000 serta ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM60,000 setiap seorang.
Beliau turut mengarahkan kesemua defendan membayar kos berjumlah RM60,000 kepada Fadiah, Murnie, Puspawati dan Syuhaini manakala Ravinder sebanyak RM40,000.
Dalam penghakimannya, O'Hara berkata penahanan kelima-lima peguam terjumlah kepada penahanan salah dan menafikan hak perlembagaan mereka serta akses untuk diwakili peguam.
Beliau berkata mahkamah mendapati keterangan DSP Judy Blacious Pereira atau Jude kerap berubah.
Mahkamah turut memutuskan bahawa alasan yang digunakan Jude ketika mengguna pakai Seksyen 28A (8) Kanun Tatacara Jenayah bagi menafikan hak untuk diwakili sebagai tidak munasabah berdasarkan keadaan ketika perhimpunan nyalaan lilin.
Empat peguam wanita menfailkan saman menamakan Konstabel Fauziah Mustafa, Inspektor Azlina Norzali, Konstabel Noor Balkhis Maazin, Ketua Polis Daerah Brickfields ketika itu, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, Jude, Ketua Polis Negara ketika itu serta kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Sementara itu, Ravinder menfailkan saman berasingan pada 7 Mei 2012 terhadap Jude, Wan Abdul Bari, Lans Koperal Saha'ri Ehwa, Ketua Polis Negara ketika itu dan kerajaan Malaysia.
Dalam pernyataan tuntutan, kelima-lima peguam mendakwa pada 7 Mei 2009, mereka hadir di luar pekarangan Ibu Pejabat Daerah Brickfields (IPD) untuk memberi bantuan guaman kepada 14 pelanggan mereka yang ditahan kerana mengadakan perhimpunan nyalaan lilin untuk Wong Chin Huat, aktivis hak asasi yang ditahan mengikut Akta Hasutan.
Mereka mendakwa dihalang memasuki kawasan IPD itu untuk bertemu anak guam masing-masing atas alasan anak guam mereka telah menandatangani satu borang bagi melepaskan hak mereka untuk bertemu peguam.
Kesemua peguam itu mendakwa anak guam mereka ketika dihubungi melalui telefon bimbit menafikan menandatangani borang berkenaan.
Mereka mendakwa telah beberapa kali memohon untuk berjumpa dengan anak guam mereka namun gagal.
Selepas itu, seorang pegawai polis muncul bersama pembesar suara membuat pengumuman agar mereka bersurai namun mereka gagal berbuat demikian dan ditahan di dalam IPD itu.
Fadiah, Murnie, Puspawati dan Syuhaini, yang ketika itu merupakan peguam Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur, mendakwa pada 5 pagi 8 Mei 2009 mereka dibawa menaiki kereta ke Balai Polis Travers dan dibebaskan dengan jaminan polis pukul 12 tengah hari.
Sementara itu, Ravinder mendakwa beliau ditahan selama 16 jam pada 7 Mei 2009.
Kesemua mereka mendakwa penahanan mereka itu tidak sah dan menyalahi undang-undang serta memohon ganti rugi am, teruk, teladan dan kos.
Bernama
Sat May 24 2014
Lima peguam menang saman terhadap polis, kerajaan
Bertrand mengembara 'serap' ilmu terjun
Bertrand kini jalani latihan di Singapura bermula hingga 30 Mei ini dan kemudiannya akan ke Australia untuk menyertai kejohanan terjun di Brisbane.
Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion
Pada 2021 pelaburan dilulus dalam pusat data berjumlah RM3.4 billion, RM80.8 bilion pada 2022 dan RM60.5 bilion tahun lepas.
Lelaki lemas ketika bercuti di Air Terjun Sekayu
Mangsa dipercayai lemas selepas menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
Henti berpolitik, atasi masalah sebenar dihadapi rakyat - Aktivis
Masyarakat harus memastikan golongan elit politik bertanggungjawab terhadap isu-isu penting dan bukannya sibuk berpolitik demi kepentingan sendiri.
Libatkan pakar dan kajian dalam sebarang isu sejarah - Maszlee
Sebarang isu membabitkan sejarah perlu melibatkan pakar selain perbincangan mendalam dalam bidang berkenaan.
Bezakan perjuangan rakyat dan komunis - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu berkata perjuangan komunis sukar diterima untuk dimasukkan ke dalam buku teks sekolah.
Bukan promosi komunis tapi rakyat perlu tahu - Tun M
Kerajaan masih belum mengkaji cadangan aktivis agar fakta mengenai perjuangan kemerdekaan golongan berhaluan kiri termasuk Parti Komunis Malaya (PKM) dimasukkan dalam buku teks sejarah.
Fadiah Nadwa beri keterangan polis berhubung artikel persoal sistem beraja
Peguam hak asasi manusia itu memasuki IPD Brickfields bersama tiga peguamnya iaitu Farhana Abdul Halim, Khuratul Ain dan Ragunath Kesavan pukul 4 petang sebelum keluar sejam kemudian.
Bersih 4.0: Mahkamah tetapkan 19 Feb untuk keputusan semakan kehakiman
Terdahulu, dalam hujahannya, peguam Edmund Bon yang mewakili Maria memberitahu tiada bukti bahawa baju kuning Bersih 4.0 mampu mengancam ketenteraman awam atau keselamatan negara.
Lima peguam menang saman terhadap polis, kerajaan
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa penahanan lima peguam lima tahun lepas oleh adalah salah dan tidak sah.