awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rebooz Hydrogen Technology pemenang minggu ketiga Innovathon 3
RKB KPDN: Kuasa aduan di hujung jari, kelulusan lesen lebih pantas
Replika kotak hadiah gergasi warnai sambutan Krismas di Gua Musang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima penuntut UPNM didakwa membunuh pegawai kadet laut Zulfarhan

Astro Awani
Astro Awani
14/06/2017
08:30 MYT
Lima penuntut UPNM didakwa membunuh pegawai kadet laut Zulfarhan
Sebahagian daripada 13 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mencederakan rakan seuniversiti mereka. - Foto Bernama
Lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan membunuh pegawai kadet laut universiti itu, Mei lalu.
Seorang lagi penuntut UPNM didakwa bersubahat membunuh mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang juga pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik universiti itu.
Lima tertuduh adalah Mohd Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali, didakwa bersubahat.
Semua tertuduh yang berusia 21 tahun itu hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.
Lima tertuduh terbabit didakwa secara bersama-sama membunuh Zulfarhan di bilik 04-10 blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi, di sini, di antara jam 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, pada 22 Mei lalu.
Mereka didakwa mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Abdoul Hakeem didakwa bersubahat dengan lima tertuduh membunuh mangsa di tempat dan pada masa yang sama.
Dia didakwa mengikut seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 302 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Topic Berkaitan
#bunuh
#hukum gantung
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#UPNM
#Zulfarhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan