Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menahan 37 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sepanjang Ahad.

Daripada jumlah itu, lima individu direman manakala yang lain dikenakan kompaun.

Berikut adalah lima perkara yang anda perlu tahu daripada kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Isnin, 13 Julai 2020.

1. Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 65,253 pemeriksaan pada 12 Julai 2020

2. PDRM telah menahan 37 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Daripada jumlah itu, seramai lima individu telah direman manakala 32 individu dikenakan kompaun.

3. Dari 1 Mei sehingga 12 Julai 2020, seramai 1,494 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), 249 tekong serta 110 penyeludup telah ditahan dan PDRM telah membuat 65 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara.

4. Pada 12 Julai 2020, 793 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air, seramai 787 individu diperintah menjalani kuarantin wajib di kediaman manakala enam individu dibawa ke hospital.

5. Jumlah kumulatif tapak binaan yang mematuhi SOP sehingga Ahad adalah 2,990 tapak binaan manakala 525 tapak binaan lagi tidak patuh SOP dan diberi amaran.