Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Lima perkara penting dalam sidang media Ismail Sabri, 2 Julai 2020

Lima perkara penting dalam sidang media Ismail Sabri,  2 Julai 2020
Lima perkara penting yang dinyatakan Ismail Sabri menerusi kenyataan akhbar berkaitan pelaksanaan PKPB pada Khamis. - Bernama
KUALA LUMPUR: Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan akhbar berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Khamis, 2 Julai 2020.

1) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 71 individu pada Rabu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Daripada jumlah itu, 29 individu telah direman manakala 42 lagi telah dikompaun.
2) Task Force Operasi Pematuhan PDRM membuat 67,229 pemeriksaan pada Rabu bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP.

Sebanyak 4,248 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 16,615 anggota telah membuat pemantauan di 4,117 pasar raya, 5,819 restoran serta 2,008 penjaja, 1,517 kilang, 3,881 bank
dan 1,016 pejabat kerajaan.
3) 1,263 terminal pengangkutan darat, 234 terminal pengangkutan air serta 120 terminal pengangkutan udara telah dipantau oleh Task Force Operasi Pematuhan.

4) PDRM telah membuat 66 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 41,775 kenderaan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.

5) Seramai 724 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan KLIA2 dari Vietnam, Indonesia, Singapura, Qatar, UAE, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan  dan Brunei pada Rabu.


Tag: PDRM, SOP, KKM, KLIA, Qatar, operasi, PKPB



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.