Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri, 1 Ogos 2020

Lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri, 1 Ogos 2020
Dalam kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 19 individu telah direman, 22 individu dijamin manakalan 93 orang pula dikenakan kompaun. - Bernama
PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 134 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jumaat.

Dalam kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 19 individu telah direman, 22 individu dijamin manakalan 93 orang pula dikenakan kompaun.

Berikut lima perkara penting dalam kenyataan media beliau pada 1 Ogos 2020.

1) PDRM telah menahan 134 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP dengan 19 individu telah direman, 22 individu dijamin manakala seramai 93 individu pula dikenakan kompaun.
2) Kesalahannya termasuk aktiviti pusat urut tanpa lesen (12), aktiviti tidak mengikut SOP (33), aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (88) dan langar perintah pengawasan (1).

3) PDRM membuat pemantauan SOP Solat Jumaat di 2,294 masjid yang melibatkan 283,355 jemaah dan kesemua didapati mengikuti SOP yang ditetapkan serta mengikut saiz keluasan masjid.
4) Seramai 3,384 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan semua telah ditempatkan di 14 Hotel dan 5 Institut Latihan Awam (ILA), 13 individu dihantar ke hospital.

5) Dari 27 sehingga 31 Julai 2020, PDRM telah mengambil tindakan terhadap 6 individu kerana gagal mematuhi SOP home quarantine yang ditetapkan.


Tag: ismail sabri yaakob, PDRM, SOP, Hospital, Media, hotel, polis, air, menteri, Polis Diraja Malaysia, Malaysia, perintah kawalan pergerakan, PKP, Solat Jumaat



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.