Lima remaja terperangkap di Burmese Pool diselamatkan

Lima remaja terperangkap di Burmese Pool diselamatkan
Anggota bomba dan penyelamat menggunakan teknik penyeberangan sungai untuk menyelamatkan mangsa. - JBPM
TAIPING: Lima remaja yang terperangkap di seberang sungai di Burmese Pool, Jalan Taman Sentosa, di sini petang Sabtu, berjaya diselamatkan.

Kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 18 tahun dikatakan terperangkap kerana arus deras selepas hujan lebat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mereka menerima maklumat itu pada 4.54 petang.

“Anggota menunggu kadar arus air sungai reda dan bertindak menggunakan tali dengan teknik penyeberangan sungai untuk mengambil mangsa,” katanya di sini petang Sabtu.

Menurutnya, kesemua mangsa dipakaikan jaket keselamatan dan dibawa menyeberang ke tempat selamat.



Tag: arus deras, hujan lebat, remaja terperangkap, bomba, jbpm, terperangkap di sungai, jbpm perak, burmese pool



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.