awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
14 kementerian gagal capai sasaran perbelanjaan projek pembangunan - KSN
MSN ada cukup masa lakukan persiapan LTDL 2026 - Jefri
LHDN perkenal aplikasi Whatsapp, platform pertanyaan cukai baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liwat II: "Kami akan failkan usul di Parlimen" - Wan Azizah

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2015
14:47 MYT
Liwat II: "Kami akan failkan usul di Parlimen" - Wan Azizah
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata langkah pertama yang diambil untuk adalah untuk menfailkan usul di parlimen. - Foto Astro AWANI / HAIDER YUTIM
Parti Keadilan Rakyat (PKR), malam ini menggariskan tiga langkah segera yang akan diambil susulan kegagalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenepikan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan keatas kes Liwat II yang dihadapinya.
Dalam satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat parti itu, Presiden PKR dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata langkah pertama yang akan diambil untuk adalah untuk menfailkan usul di parlimen bagi mengkritik perilaku hakim-hakim Mahklamah Persekutuan yang mengendalikan kes terbabit.
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berumur 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
“Kedua, kami ingin mengajak semua menyertai perhimpunan di hadapan Penjara Sungai Buloh setiap hari bermula esok (Rabu) bagi menunjukkan solidariti kepada Anwar,
“Kami juga akan mengadakan Solat Hajat pada Khamis malam,” kata Wan Azizah lagi.
Wan Azizah juga berkata keputusan hari ini tidak menjejaskan Pakatan Rakyat kerana perkara itu telah dipertimbangkan sebelum ini.
“Sebaliknya, ini (keputusan) memberikan kami alasan untuk meneruskan perjuangan,” katanya lagi.
Ketika ditanya sama ada pihaknya akan memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, Wan Azizah berkata PKR akan menimbangkan perkara itu, dan barisan peguam akan berbincang dengan Anwar di penjara.
Turut hadir dalam sidang akhbar malam ini adalah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali serta Naib Presiden parti, Rafizi Ramli dan R. Sivarasa.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#liwat
#Mahkamah Persekutuan
#PKR
#Putrajaya
#Saiful
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan