Seorang lelaki telah direman tujuh hari pada Jumaat selepas dipercayai meliwat rakan penghuni lelaki sebuah pusat pemulihan akhlak di Kuching.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintedan Aidil Bolhassan yang mengesahkan perkara tersebut berkata suspek yang juga penghuni asrama tersebut ditahan susulan laporan polis yang dibuat mangsa berusia 26 tahun pada Khamis.
”Mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Kota Sentosa sekitar jam 3.20 petang.
“Susulan itu, sepasukan anggota telah menahan suspek di pusat pemulihan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Aidil, dalam laporannya mangsa berkata dia telah diserang suspek sekitar jam 9 malam Rabu lalu.
Mengulas lanjut, katanya suspek dipercayai telah enam kali melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap pengadu di asrama berkenaan.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Rohana Wahed
Fri Dec 27 2019
Suspek yang juga penghuni asrama tersebut ditahan susulan laporan polis yang dibuat mangsa berusia 26 tahun pada Khamis. - Foto ihsan PDRM
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Liwat rakan lelaki enam kali, penghuni pusat pemulihan akhlak direman
Seorang lelaki telah direman tujuh hari pada Jumaat selepas dipercayai meliwat penghuni sebuah pusat pemulihan akhlak di Kuching.