awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Logo 1Malaysia diturunkan UTC seluruh negara

Bernama
Bernama
19/05/2018
07:16 MYT
Logo 1Malaysia diturunkan UTC seluruh negara
Kerja menurunkan logo 1Malaysia adalah selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Unit Strategi Nasional Kementerian Kewangan bertarikh 14 Mei. - Gambar fail
Logo 1Malaysia hari ini diturunkan di bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Pasar Sentral Labuan, 10 hari selepas pembentukan kerajaan Pakatan Harapan.
Dua unit logo gergasi itu yang berukuran lebih kurang 11.5 meter tinggi dan 5.7 meter lebar mula diturunkan sejak awal pagi sehingga jam 2.02 petang.
Kerja menurunkan logo 1Malaysia ini adalah selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Unit Strategi Nasional Kementerian Kewangan bertarikh 14 Mei yang turut melibatkan gambar bekas perdana menteri, bekas menteri besar dan bekas ketua menteri di semua UTC di seluruh negara.
Logo 1Malaysia dilancarkan tidak lama selepas bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui negara pada tahun 2009.
Jabatan Penerangan Malaysia Labuan turut membuka enam unit poster papan iklan yang berkaitan dengan 1Malaysia di seluruh Labuan sejak minggu lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1Malaysia
#kerajaan
#logo
#Pakatan Harapan
#UTC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan