awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Loji nuklear pertama negara beroperasi 2030 - Nancy

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
03/11/2016
05:21 MYT
Loji nuklear pertama negara beroperasi 2030 - Nancy
NANCY: Sasaran ini dianjakkan kerana kerajaan turut mengambil kira perkembangan sentimen semasa di dalam dan luar negara khususnya kesan tsunami pada Mac 2011. -Gambar fail
Loji jana kuasa nuklear pertama di negara ini bakal beroperasi sepenuhnya menjelang tahun 2030.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri berkata jangkaan itu lewat sembilan tahun berbanding sasaran asal pada tahun 2021.
Katanya, ia susulan tragedi yang melanda loji jana kuasa nuklear di Fukushima, Jepun pada 2011.
"Melalui maklumat awal yang diperoleh daripada kajian, kemungkinan menunjukkan garis masa memerlukan tempoh sekurang kurangnya 11 tahun dari tarikh kerajaan membuat keputusan untuk memulakan proses pembidaan pembinaan loji itu.
"Walaupun tarikh disasarkan bermula pada tahun 2021, namun sasaran ini dianjakkan kerana kerajaan turut mengambil kira perkembangan sentimen semasa di dalam dan luar negara khususnya kesan tsunami pada Mac 2011.
Nancy menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Tinggi (BN), Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid tentang pembangunan dua loji nuklear berkapasiti 2 gigawatt yang diumumkan pada 25 Oktober 2010 akan mula dibina.
Pembinaan loji nuklear tersebut terkandung dalam Economic Transformation Programme (ETP) sebagai sebahagian daripada New Economic Model (NEM).
Dalam pada itu, jelas Nancy, kerajaan juga sudah bersedia untuk membina loji kuasa nuklear dan menggunakan tenaga tersebut sebagai sumber tenaga baharu.
Ujarnya, selain menyokong isu keselamatan nuklear global, negara Asia lain turut tidak terkecuali daripada projek tersebut.
"Malaysia bukanlah satu negara rantau Asia yang sedang menerokai kemungkinan untuk melaksanakan program nuklear untuk tenaga negara jiran.
"Indonesia, Thailand dan Vietnam turut giat mengkaji penggunaan nuklear bagi penjanaan elektrik. Vietnam sebenarnya telah memeterai perjanjian dengan persekutuan Rusia untuk loji jana kuasa nuklear pertama dunia di negara mereka," jelasnya.
Nancy juga menjelaskan golongan pakar dalam industri tersebut turut dipelawa untuk berkongsi hasil penyelidikan nuklear serta bertukar kepakaran dalam bidang berkenaan.
Topic Berkaitan
#Loji jana kuasa nuklear
#Nancy Shukri
#Noor Ehsanuddin
#pembidaan pembinaan loji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan