Pembinaan Projek Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 dengan kapasiti 1.423 juta penduduk setara akan penjadi penyelesai masalah lebihan bebanan kumbahan yang dihadapi loji sedia ada sekarang.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembentungan, Mohd Akhir Md Jiwa berkata, ia sekali gus menjadi loji bawah tanah pertama negara yang berupaya merawat 320,000 meter padu air kumbahan sehari.

“Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 akan dibina di bawah tanah dan kawasan atasnya dibangunkan kawasan riadah bagi penduduk setempat seperti kemudahan bersukan, rekreasi, bangunan pentadbiran dan pusat komuniti.

“Ia akan merawat dan menguruskan kumbahan beserta kemudahan penjanaan elektrik menggunakan biogas,'' katanya.

Mohd Akhir ditemui selepas lawatan media ke tapak projek Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 di Pantai Dalam di sini.

Projek yang akan dibina menggunakan sistem aliran masuk pintar dan sistem edaran semula yang fleksibel untuk meningkatkan agihan dan penggunaan sumber karbon untuk meningkatkan penyingkiran karbon, nitrogen dan fosforus.

Loji Rawatan Kumbahan Pantai sedia ada dibina pada tahun 1968 yang menggunakan sistem untuk menampung hanya 877,000 ribu penduduk setara.

Bagaimanapun kini ia menampung sebanyak 1.18 juta penduduk setara sehari.

Jelas Mohd Akhir, Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 akan dibahagi kepada bangunan pentadbiran untuk loji dan kemudahan sukan, rekreasi serta komuniti.

“Bangunan utama yang diintegrasikan dengan dewan serbaguna tertutup yang boleh disewa untuk mejlis perkahwinan, mesyuarat dan lain-lain acara.

“Sementara bangunan utama loji akan menempatkan kakitangan di mana aktiviti sokongan operasi harian loji dapat dipantau,'' ujarnya.

Tambah Mohd Akhir, loji yang bakal siap pada Julai 2015 akan mendukung usaha Kerajaan untuk mencapai objektif teknologi hijau melalui pendekatan penggunaan tenaga yang rendah, kurang pencemaran dan pelepasan