awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Claude Opus 4.6 dilancar, kemampuan pengaturcaraan dipertingkat, analisis kerja lebih menyeluruh
Intel sahkan grafik Xe3P akan diperkenal melalui siri CPU Nova Lake
Polis sahkan MPV guna siren, lampu biru di MEX untuk urusan rasmi kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lokasi dua rakyat Malaysia dibenarkan keluar Korea Utara masih jadi tanda tanya

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
10/03/2017
03:57 MYT
Lokasi dua rakyat Malaysia dibenarkan keluar Korea Utara masih jadi tanda tanya
Tiada kelibat dua rakyat Malaysia, Stella Lim dan Nyanaprakash Muniady, tiba di KLIA setakat ini. - Gambar fail
Status lokasi dua rakyat Malaysia, Stella Lim dan Nyanaprakash Muniady, yang dibenarkan meninggalkan Korea Utara masih menjadi tanda tanya, lantaran belum diketahui sama ada mereka akan pulang ke tanah air atau ke destinasi lain.
Media tempatan dan antarabangsa sejak semalam berkampung di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mendapatkan perkembangan kedua-dua rakyat Malaysia berkenaan.
Setakat jam 11 pagi, tiada tanda-tanda menunjukkan Lim dan Muniandy tiba di KLIA dari Beijing.
Hasil tinjauan mendapati penerbangan dari Beijing ke Kuala Lumpur menggunakan pesawat MH361 tiba jam 8.30 pagi tadi.
Bagaimanapun, tiada kelibat Lim dan Muniandy keluar dari balai ketibaan. Sebuah lagi pesawat dari Beijing dijangka tiba pada malam ini.
Kedua-duanya merupakan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertugas di bawah Program Makanan Sedunia (WFP).
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui laman Twitter dan Facebooknya berkata dua daripada 11 rakyat Malaysia dibenarkan meninggalkan Korea Utara.
Dengan kebenaran keluar dua rakyat Malaysia itu, ia menjadikan sembilan orang lagi masih berada di Korea Utara iaitu tiga kakitangan kedutaan dan enam ahli keluarga.
Topic Berkaitan
#KLIA
#Korea Utara
#Nyanaprakash Muniandy
#PBB
#rakyat Malaysia
#Stella Lim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan