awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tumpang tandas, alasan remaja dicekup berkhalwat
Desak Muhyiddin undur: Ketua Bahagian Bersatu di Perak dipanggil Lembaga Disiplin
Rasuah wajar dilihat sebagai jenayah berat, setara dengan dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lokasi 'Persona Non Grata', Kang Chol terus jadi teka-teki

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
05/03/2017
05:56 MYT
Lokasi 'Persona Non Grata', Kang Chol terus jadi teka-teki
Kereta Konsulat Korea Utara mula memasuki kedutaan negara itu di Bukit Damansara. - Gambar Astro AWANI/Rahimah Abdullah
Kurang 30 jam sebelum tamat tempoh 48 jam pengusiran Duta Besar Korea Utara ke Malaysia ke negara asalnya, lokasi Kang Chol bagaimanapun masih menjadi teka-teki.
Hasil tinjauan Astro Awani di kedutaannya di Bukit Damansara di sini mendapati hanya ada Konsulat Korea Utara, Kim Yu Song dan beberapa individu lain di lokasi berkenaan.
Namun, tiada kelibat Kang Chol dilihat di kedutaan itu hasil pemerhatian media sejak enam pagi tadi.
Ratusan pengamal media tempatan dan asing berada di hadapan kedutaaan berkenaan bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai Kang Chol selepas arahan pengusiran dari Malaysia.
Cubaan media beberapa kali untuk mendapatkan reaksi Konsulat Korea Utara juga gagal.
Difahamkan pihak media akan terus 'berkampung' di hadapan kedutaan sehingga tamat tempoh 48 jam berkenaan.
Kementerian Luar Negeri melalui Nota Diplomatik yang dihantar kepada Kedutaan Korea Utara semalam mengisytiharkan Kang Chol sebagai Persona Non Grata dan beliau dikehendaki meninggalkan Malaysia selewat-lewatnya 48 jam bermula 6 petang Sabtu.
Pengusiran Kang Chol dibuat susulan kegagalan berjumpa dengan pihak Kementerian Luar Negeri dan keengganan mengemukakan permohonan maaf secara bertulis berikutan dakwaan negatif yang dibuatnya terhadap Malaysia sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Kang Chol
#Korea Utara
#Malaysia
#usir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan