awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori kebal: 30 individu termasuk 24 anggota penguatkuasa JPJ direman

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
17/04/2019
06:19 MYT
Lori kebal: 30 individu termasuk 24 anggota penguatkuasa JPJ direman
Mereka ditahan di pejabat SPRM negeri di George Town antara jam 10 pagi hingga 4 petang. - Gambar hiasan
Seramai 30 individu termasuk 24 anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang berhubung kes rasuah.
Perintah reman di keluarkan Penolong Pendaftar Kanan, Nur Fadrina Zulkhairi di Mahkamah Majistret George Town pada Rabu.
Kesemua suspek direman mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Semalam SPRM menahan 33 individu termasuk 24 penguatkuasa JPJ selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar Pulau Pinang.
Mereka ditahan di pejabat SPRM negeri di George Town antara jam 10 pagi hingga 4 petang.
Daripada jumlah tangkapan itu, lapan individu termasuk tiga wanita terbabit merupakan orang awam yang berperanan sebagai proksi, tonto serta pemilik syarikat.
Bagaimanapun tiga wanita dibebaskan dengan jaminan SPRM.
BACA: Lindungi sindiket 'lori kebal': SPRM tahan 31 individu termasuk 23 penguat kuasa JPJ
Difahamkan kesemua pegawai penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 daripada Pejabat JPJ negeri berkenaan dipercayai menerima bayaran antara RM10,000 ke RM32,000 setiap bulan.
Ia sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu lori terlibat selain turut membocorkan maklumat operasi JPJ.
Wang yang diterima tersebut dipercayai untuk pegawai kanan JPJ bagi tujuan hiburan.
Sebelum itu, proses permohonan reman ke atas 30 individu terbabit yang sepatutnya berlangsung jam 9.15 pagi tadi tergendala selepas bas milik SPRM yang membawa mereka mengalami kebakaran kecil di bahagian enjin.
Bas yang dalam perjalanan dari Lokap Berpusat Bayan Baru itu sedang dalam perjalanan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang apabila pemandunya menyedari terdapat kepulan asap dibahagian enjin bas.
Menurut sumber, kejadian yang berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu itu menyebabkan pemandu bas terpaksa menghentikan kenderaannya di bahu jalan.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan kesemua suspek kemudiannya dibawa ke mahkamah dengan menggunakan 10 kenderaan rasmi SPRM.
Topic Berkaitan
#direman
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#JPJ
#Mahkamah Majistret
#Rasuah
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan