awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syria isytihar perintah berkurung di Aleppo ketika pertempuran dengan SDF memuncak
Iran alami gangguan internet menyeluruh ketika protes antikerajaan merebak ke seluruh negara
Keputusan AGC tidak teruskan 47 pertuduhan terhadap Zahid cetus persoalan ketelusan – Ramkarpal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRA Sungai Selisik belum beroperasi, 8 kawasan di Hulu Selangor masih terjejas

Bernama
Bernama
29/05/2020
02:50 MYT
LRA Sungai Selisik belum beroperasi, 8 kawasan di Hulu Selangor masih terjejas
Bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki masih giat disalurkan ke kawasan yang terjejas.
Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisik belum beroperasi disebabkan pencemaran diesel yang masih dikesan pada sumber air mentah, menyebabkan lapan kawasan terjejas di Hulu Selangor masih mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) masih tidak dapat memberi jangkaan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas kerana LRA Sungai Selisik tidak dapat menghasilkan bekalan air bersih untuk disalurkan kepada pelanggan, kata Ketua Komunikasi Korporat Elina Baseri dalam kenyataan pada Jumaat.
Lapan kawasan terjejas ialah Kampung Sungai Nilam atau Kampung Seri Pagi; Kampung Lalang Sungai Selisek; Rumah Murah Pkt 2; Kampung Serigala; Kampung Orang Asli Serigala; Kampung Bahom; Kampung Sekolah dan kuarters klinik serta Kampung Gesir Tengah.
Elina berkata usaha menyedut saki-baki diesel oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak berikutan kemalangan membabitkan lori tangki bahan api itu di KM 389.2 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Behrang dihentikan semalam berikutan hujan lebat.
"Kerja-kerja berkenaan akan disambung semula pagi ini bagi memastikan tiada lagi pengaliran diesel ke dalam sungai," katanya.
Beliau berkata bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki masih giat disalurkan ke kawasan yang terjejas dan Air Selangor mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang memberi kerjasama baik semasa penghantaran bekalan air itu.
Air Selangor akan mengemas kini maklumat pemulihan bekalan air ke kawasan-kawasan gangguan kepada para pengguna dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang di www.airselangor.com, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#Air Selangor
#gangguan bekalan air
#Hulu Selangor
#LRA
#masalah bekalan
#Selangor
#sungai selisik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan