Kelewatan menyiapkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL 2) di Selangor akan menjerumuskan rakyat negeri itu kepada krisis bekalan air yang berpanjangan daripada apa yang dijadualkan sebelum ini.
Menurut Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid, keadaan ini berpunca daripada ketiadaan sumber air baru untuk ditambah sebaliknya sumber yang sedia ada semakin berkurangan akibat pertambahan pengguna.
Inilah yang berlaku katanya sekiranya projek LRAL 2 ini tidak dapat di laksanakan mengikut jadual asal yang akan menjejaskan hampir lima juta akaun pengguna domestik dan industri di negeri itu.
Bagi Mahdzir, apa sekalipun yang berlaku diharap perjanjian penstrukturan air Selangor itu dapat diputuskan secepat mungkin demi kesejahteraan rakyat negeri itu yang sering terbeban dengan masalah bekalan air setiap tahun.
Buat masa ini, jumlah air di empangan utama berada pada paras 75 peratus dan masih mencukupi , namun Mahdzir bimbang jika berlaku kemarau panjang atau El-Nino, Selangor negeri pertama yang akan kehilangan banyak sumber air dan berdepan dengan catuan air.
“Lanjutkan perjanjian tidak apa, tetapi jika berpanjangan macam ini akan membabitkan rakyat. Di Lembah Klang akaunnya menghampir dua juta orang, dua juta akaun domestik dan industri. Kalau satu rumah lima orang, maksudnya berapa juta? “kata Mahadzir.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan MyHIJAU Youth Camp sempena Karnival YaHijau Padang Terap di Kuala Nerang, Kedah.
Pada majlis sama Mahdzir berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana bekalan air di Selangor untuk kegunaan sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri mencukupi.
Ini kerana paras air di Empangan Klang Gates, Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Tinggi berada lebih 70 peratus dan akan bertambah apabila dijangka hujan terus turun hingga hujung tahun ini.
“Kalau kata sekarang ni musim hujan hujan berterusan sampai Oktober, tetapi kalau tahun depan wujud El- Nino bermula Oktober ataupun awal Oktober boleh jadi sampai tiga empat bulan, kalau itu yang berlaku memang Kuala Lumpur ada masalah,” katanya lagi.
Semalam, Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, kelewatan kerajaan Selangor menguatkuasakan Perjanjian Penstrukturan Air Selangor menyebabkan Projek Loji Air Rawatan Air Langat 2 dan sistem agihan (lRAL 2) kemungkinan tidak mampu disiapkan pada 2017 sebaliknya hanya dapat di siapkan sepenuhnya pada 2019.
Ini disebabkan kerajaan negeri mengarahkan agensi dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menangguhkan pengeluaran segala kelulusan dan permit untuk pembinaan loji tersebut sehingga penstrukturan semula di muktamadkan.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jun 11 2015
Kelewatan menyiapkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL 2) di Selangor akan menjerumuskan rakyat negeri itu kepada krisis bekalan air. - Gambar Fail
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan belum putuskan lanjutan tempoh konsesi PLUS
Eddin Syazlee berkata perkara itu perlu diteliti semula dengan mengambil kira syarat unjuran hasil keuntungan perjanjian antara PLUS dan kerajaan.
UMNO tak rasis
UMNO bukan parti yang rasis sebaliknya hanya mempertahankan hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan.
Gaya hidup pemimpin UMNO yang mewah punca kekalahan BN - Ahmad Said
Gaya hidup pemimpin UMNO yang mewah dan terlalu elit itu menyebabkan mereka terpisah dari masyarakat.
Beg murid sekolah memang berat, maka apa langkah seterusnya?
Laporan akhir Kajian Penilaian Beg Berat Murid Sekolah mengakui bahawa beg sekolah yang dibawa oleh murid ternyata berat.
Lebih RM2 bilion dibelanjakan untuk operasi SKM
Kerajaan membelanjakan lebih RM2 bilion setahun untuk mengendalikan operasi Sekolah Kurang Murid (SKM).
Penggunaan gajet dalam kelas tarik perhatian Najib
Perdana Menteri hari ini melakukan tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1), di sini, bagi melihat kaedah pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) yang dilaksanakan di sekolah itu.
UPSR diteruskan sehingga tiba masa sesuai - Mahdzir Khalid
Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diteruskan sehingga tiba masa yang sesuai untuk ia digantikan dengan sistem lain.
PPD dan pengurusan sekolah perlu proaktif tangani isu buli
Pejabat pelajaran daerah dan pengurusan sekolah perlu lebih proaktif dalam menangani masalah buli.
Penjualan makanan tidak berkhasiat di luar sekolah akan dipantau - Mahdzir
Perkara itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan, pihak berkuasa tempatan negeri dan Pejabat Pendidikan Negeri melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Cari aktiviti untuk pelajar manfaatkan di luar waktu sekolah - Mahdzir
Semua pihak berkepentingan perlu mencari jalan dan pendekatan berkaitan aktiviti di luar waktu sekolah yang boleh dimanfaatkan pelajar, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.