awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRT terkandas, Rapid Rail diminta beri penjelasan

Bernama
Bernama
09/09/2016
10:20 MYT
LRT terkandas, Rapid Rail diminta beri penjelasan
Insiden itu berlaku pada waktu puncak 9 pagi tadi apabila sebuah tren dari Datuk Keramat menuju ke Jelatek tiba-tiba terhenti di atas trek di antara Stesen Datuk Keramat dan Damai.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta Rapid Rail Sdn Bhd memberi penjelasan mengenai gangguan Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) membabitkan laluan Setiawangsa-KLCC hari ini.
Beliau menganggap insiden kedua dalam tempoh seminggu itu sebagai membimbangkan.
"@MyRapidKL should explain LRT breakdown this morning. Concerned abt recent disruptions. Two breakdowns in a week is very worrying," katanya dalam catatan Twitter beliau hari ini.
.@MyRapidKL should explain LRT breakdown this morning. Concerned abt recent disruptions. Two breakdowns in a week is very worrying.
— Liow Tiong Lai (@liowtionglai) September 9, 2016
Insiden itu berlaku pada waktu puncak 9 pagi tadi apabila sebuah tren dari Datuk Keramat menuju ke Jelatek tiba-tiba terhenti di atas trek di antara Stesen Datuk Keramat dan Damai, menyebabkan penumpang terperangkap di dalam tren selama 20 minit.
Semua penumpang kemudian diarahkan keluar dan berjalan di atas trek menuju ke Stesen Damai, yang mengambil masa hampir 10 minit.
Menurut Twitter Rapid KL, servis bagi kedua-dua perjalanan itu pulih semula kira-kira 11.45 pagi. Pada Rabu lepas, ribuan pengguna perkhidmatan LRT terkandas berikutan masalah teknikal yang menyebabkan keseluruhan perkhidmatan dari laluan Gombak hingga Putra Heights terjejas bermula 7 pagi. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari sama meminta Rapid Rail Sdn Bhd mengemukakan laporan penuh mengenai gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya itu selewat-lewatnya pada 21 Sept ini.
Topic Berkaitan
#Datuk Keramat menuju ke Jelatek
#gangguan perkhidmatan LRT
#Liow Tiong Lai
#Rapid KL
#Rapid Rail Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan