awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LTAT umum dividen 2 peratus bagi tahun kewangan 2018

Bernama
Bernama
30/09/2019
06:16 MYT
LTAT umum dividen 2 peratus bagi tahun kewangan 2018
Lembaga Tabung Angkatan Tentera umum dividen sebanyak 2.0 peratus bagi ahlinya untuk tahun kewangan 2018 berakhir 31 Disember 2018.
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini mengumumkan dividen sebanyak 2.0 peratus bagi ahlinya untuk tahun kewangan 2018 berakhir 31 Disember 2018.
Bercakap pada sidang media di sini, Ketua Eksekutif LTAT, Nik Amalizan Mohamed berkata, dividen itu berdasarkan hasil yang diraih bagi FY18 walaupun mencatat kemerosotan ketara sebanyak 51.9 peratus kepada RM221.0 juta.
"Kemerosotan ketara bagi FY18 itu adalah disebabkan oleh pelbagai faktor yang melibatkan dua tahun kewangan sebelumnya," katanya.
Pada FY17, LTAT mencatatkan keuntungan terkumpul sebanyak RM38.7 juta berbanding kerugian terkumpul RM170.8 juta bagi FY16.
Beliau berkata, perakuan pendapatan semula sebanyak RM238.8 juta pada FY16 daripada dua transaksi jualan tanah yang belum selesai telah menyebabkan keperluan untuk penyataan semula pendapatan LTAT bagi FY16 daripada RM595 juta kepada RM356.2 juta.
Selain itu, tindakan membuat perakuan awal sebanyak RM202.7 juta membabitkan dua lagi transaksi jualan tanah belum selesai pada FY17 juga menyebabkan penyataan semula pendapatan bagi FY17 daripada RM662.2 juta kepada RM459.5 juta.
"Selain itu berlaku dividen terlebih bayar bagi FY16 dan FY17 yang memberi kesan terhadap pendapatan dan menyaksikan kemerosotan secara ketara daripada RM384.7 juta kepada RM65.9 juta pada FY16.
"Pendapatan terkumpul bagi FY17 terus susut kepada kerugian terkumpul sebanyak RM170.8 juta daripada pendapatan terkumpul positif sebanyak RM65.9 juta sebelum ini," katanya.
Ditanya sama ada LTAT merancang untuk melepaskan sebarang aset pentingnya bagi meningkatkan aliran tunai, beliau berkata, perkara itu masih terlalu awal untuk diputuskan atas alasan sebarang keputusan yang diambil perlu menitikberatkan kepentingan para ahlinya.
Setakat 31 Disember 2018, aset di bawah pengurusan LTAT adalah berjumlah RM9.4 bilion. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#dividen
#Lembaga Tabung Angkatan Tentera
#LTAT
#Nik Amalizan Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan