awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lucu dengan kenyataan Syed Saddiq - Najib

Sinar Harian
Sinar Harian
14/10/2018
05:41 MYT
Lucu dengan kenyataan Syed Saddiq - Najib
Najib berkata, selepas menang pilihan raya dengan penipuan terhadap rakyat, PH kini selesa. - Gambar fail
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkait isu penghapusan tol adalah lucu.
Menurutnya, pembangkang dulu asyik menuduh kerajaan di bawah pemerintahannya akan bankrap tetapi dalam manifesto mereka menjanjikan hapus tol kepada rakyat.
"Lucu. Yang jelajah seluruh Malaysia dulu kata negara nak bankrap dan keadaan tenat, mereka. Yang kata kerajaan mampu hapus tol, turun harga minyak dan macam-macam lagi, mereka.
"Sekarang ni keluar pula kenyataan kata bahawa masa PH buat manifesto, mereka ingat kewangan negara cukup untuk hapus tol.
"Kalau negara nak bankrap dulu, macam mana mereka boleh terfikir nak hapuskan tol?," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, malam tadi.
Sebelum ini, Syed Saddiq dilaporkan berkata ketika manifesto dibuat, PH fikir kewangan negara cukup untuk menghapuskan tol malah turut mengajak rakyat untuk melupakan kisah lalu dan maju ke hadapan.
Mengulas lanjut, Najib berkata PH tahu kedudukan kewangan negara melalui salinan dokumen ketika pembentangan bajet atau di laman rasmi kerajaan.
"Setiap tahun bajet dan kewangan negara dipapar kepada tatapan umum dan ahli Parlimen sudah tentu akan ada salinan dokumen atau boleh cari maklumat tersebut di laman rasmi kerajaan.
"Mereka tahu. Malah ramai pemimpin mereka bekas pemimpin kerajaan BN. Jadi mana satu penipuan yang mereka nak terus tegakkan sekarang?" katanya.
Katanya selepas menang dengan penipuan terhadap rakyat, PH kini selesa.
"Amat menyedihkan apabila mereka kini minta rakyat berkorban dan lupakanlah manifesto mereka.
"Demi siapa? Selepas menang kuasa di tangan dengan penipuan, mereka kini selesa. Apakah kita terima begitu sahaja?" tanyanya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Facebook
#harga minyak
#kerajaan
#kewangan
#Lucu
#Malaysia
#Manifesto
#menteri
#minyak
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#pembangkang
#Perdana Menteri
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#tol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan