Tutup

Lumba haram: Pemilik kereta mewah ahli peniagaan kosmetik?

Lumba haram: Pemilik kereta mewah ahli peniagaan kosmetik?
Perlumbaan haram di Jalan Kubang Kerian ke Pasir Hor, dipercayai berlaku sekitar jam 2 pagi, Jumaat lalu. - Gambar ihsan pembaca/PDRM
KOTA BHARU: Pihak polis akan mengesan dan menyiasat dua pemandu kereta mewah jenis Mercedes Benz berwarna kuning yang didakwa terbabit dalam perlumbaan haram di Jalan Kubang Kerian ke Pasir Hor, dipercayai berlaku sekitar jam 2 pagi, Jumaat lalu.

Terdahulu tular di media sosial, video berdurasi 2.28 saat itu memaparkan gelagat sekumpulan individu yang terbabit dalam perlumbaan haram yang menyekat lalu lintas sebelum dua pemandu kereta jenis Mercedes Benz memulakan perlumbaan.
Difahamkan salah seorang daripada pemilik kereta mewah yang menyertai perlumbaan itu dikaitkan dengan ahli perniagaan kosmetik di Kelantan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.
“Kita akan siasat terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada.

"Mengadakan perlumbaan haram di jalan raya adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun dan didenda minumum RM5,000 hingga RM15,000 jika sabit kesalahan,” katanya ketika dihubungi, di sini, pada Isnin.


Tag: luma kereta, mercedes kuning, kelantan, lumba haram, ahli perniagaan kosmetik, polis, pdrm, jalan kubang kerian, pasir hor



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.