BARU-BARU ini tular di media sosial mengenai penggunaan tilam di belakang kenderaan untuk pulang ke kampung halaman.

Walaupun ramai mendakwa ia untuk keselesaan dan sebagainya, namun tindakan itu sebenarnya amat dilarang oleh pihak berkuasa.

Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Dr Siti Zaharah Ishak berkata, penggunaan tilam di bahagian tempat duduk belakang kenderaan menyalahi undang-undang.

Menurutnya, perbuatan itu juga boleh dikenakan tindakan di bawah peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang.

"Penggunaan tilam di tempat duduk belakang kenderaan menjadi trend dalam kalangan orang ramai sejak kebelakangan ini.

“Perbuatan yang menjadi trend itu berbahaya dan boleh disaman kerana tidak memakai tali pinggang keledar,” katanya sebagaimana dipetik daripada Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, bagi anda yang mempunyai anak dan bercadang untuk meletakkan tilam di belakang, lupakan saja hasrat berkenaan.

Utamakan keselamatan keluarga anda!