Tutup

LZS buat laporan polis lelaki cuba serang kakitangan bertugas

LZS buat laporan polis lelaki cuba serang kakitangan bertugas
LZS menafikan tuduhan berunsur fitnah yang ditularkan oleh seorang individu sehingga berpotensi menjejaskan nama baik institusi itu.
KUALA LUMPUR: Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuat satu laporan polis susulan insiden seorang lelaki yang bertindak agresif sewaktu melakukan urusan di sebuah cawangan institusi itu di Klang Sentral baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan Mat Yusop dalam satu kenyataan media pada Isnin, mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menjaga nama baik institusi zakat.

“Laporan polis telah dibuat bagi menjaga keselamatan kakitangan serta pelanggan yang berurusan di cawangan dan seterusnya menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Laporan polis yang dibuat LZS berhubung video yang tular oleh seorang lelaki baru-baru ini.

LZS turut menafikan tuduhan berunsur fitnah yang ditularkan oleh seorang individu sehingga berpotensi menjejaskan nama baik institusi itu.

Mengulas berhubung insiden yang berlaku, sebuah video tular apabila seorang lelaki yang bertindak agresif terhadap pegawai di cawangan LZS baru-baru ini.
“Pada 15 Ogos 2019, individu itu telah datang ke cawangan LZS di Klang Sentral dengan tujuan membuat semakan status permohonan bagi rakan beliau yang turut bersamanya.

“Lelaki tersebut dan keluarganya adalah asnaf yang sedang menerima pelbagai bantuan zakat dari LZS.

“Namun beliau telah bertindak agresif dan mengeluarkan kata-kata kesat serta cuba melakukan serangan fizikal kepada kakitangan LZS,” jelasnya.

Justeru, LZS menyeru kepada orang ramai untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat dan merujuk terus kepada LZS untuk sebarang penjelasan.



Tag: Lembaga Zakat Selangor, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, LZS, Saipolyazan Mat Yusop, Klang Sentral


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.