Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menafikan pihaknya akan memberi bantuan RM400 kepada ibu bapa yang mempunyai tiga anak bersekolah tahun ini seperti yang tersebar dalam laman sosial.
Menurut lembaga itu dalam satu kenyataan di sini, tiada pemberian seumpama itu diadakan, dan orang ramai diminta tidak mempercayai maklumat yang tersebar sejak awal Januari.
"LZS memohon semua pihak supaya tidak menyebarkan maklumat tanpa merujuk kepada lembaga.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut hubungi talian zakat Selangor 1-800-88-5353 atau layari laman web www.zakatselangor.com.my dan facebook LembagaZakatSelangor.MAIS," menurut kenyataan itu.
Mengenai bantuan zakat pelajaran yang turut tersebar menerusi laman sosial, lembaga itu menyatakan pihaknya ada menyediakan bantuan tersebut setiap tahun menerusi Bantuan Umum Pelajaran (BUP).
Permohonan untuk BUP terbuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam selain lahir dan menetap di Selangor, atau bermastautin dan masih menetap di negeri itu tidak kurang daripada tiga tahun.
Menurut LZS, permohonan tertakluk kepada garis panduan dan syarat kelayakan.
"Bagi anak-anak asnaf fakir dan miskin, bantuan berbentuk kewangan itu diberikan menerusi BUP di bawah asnaf Fisabilillah," menurut kenyataan itu.
Permohonan BUP dibuka mulai Januari hingga Mac bagi pelajar pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).
Pada Julai hingga September, hanya untuk pelajar IPT.
Bagaimanapun, permohonan BUP bagi pelajar tahun pertama di IPT dibuka sepanjang tahun dan pemohon hanya boleh memohon sekali dalam tempoh setahun, menurut LZS.
Bernama
Mon Jan 11 2016
Mengenai bantuan zakat pelajaran yang turut tersebar menerusi laman sosial, lembaga itu menyatakan pihaknya ada menyediakan bantuan menerusi Bantuan Umum Pelajaran (BUP). - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
LZS nafi beri bantuan RM400 kepada ibu bapa punya tiga anak bersekolah
Menurut lembaga itu tiada pemberian seumpama itu diadakan, dan orang ramai diminta tidak mempercayai maklumat yang tersebar sejak awal Januari.