Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini memerintahkan Maahad Tahfiz Al-Hashimi Kampung Tualang, Kuala Krai membayar sejumlah RM4,334,507 kepada bekas pelajarnya yang terbabit dalam kemalangan van pada Jun tahun lepas.
Dalam keputusannya, Hakim Nazri Ismail berkata tiga daripada empat defendan iaitu Muhammad Hamzi Mohammad Husham, 25, yang juga pemandu van, CT-One Corporation Sdn Bhd dan Maahad Tahfiz Al-Hashimi, bertanggungjawab secara vikarius, untuk membayar kos tersebut kepada Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd Izahir, 18, dan ibunya, Jahsuriawany Mustapha, 46, selepas mangsa hilang upaya akibat kemalangan tersebut.
Pengetua maahad tahfiz itu, Mohd Khalidi Che Haron yang dinamakan sebagai defendan ketiga, tidak diperintahkan membayar kos berkenaan.
Kos itu membabitkan ganti rugi terhadap Muhammad Faiz Hafizuddin yang cedera kepala dan retak saraf tunjang sehingga menyebabkan mangsa lumpuh seumur hidup serta bagi pembelian lampin pakai buang, tiub makanan, beg kencing, katil, tilam dan jururawat persendirian.
Sementara itu, Kameswary ketika ditemui pemberita berkata plantif memulakan tuntutan pada April lepas dan proses perbicaraan memakan masa selama dua hari dengan empat saksi dipanggil termasuk pengasas maahad tahfiz berkenaan, Datuk Adnan Hashim.
"Semakan mendapati van yang dinaiki mangsa tidak mempunyai insurans terhadap pelajar-pelajarnya dan pada hari kejadian telah dipandu oleh pemandu yang tidak mempunyai lesen kenderaan.
"Justeru, mahkamah memutuskan defendan pertama iaitu pemandu van, defendan kedua iaitu pemilik van (CT-One Corporation Sdn Bhd) dan defendan keempat, Maahad Tahfiz Al-Hashimi perlu bertanggungjawab 100 peratus terhadap kecederaan yang dialami mangsa," katanya.
Jun tahun lepas, tujuh daripada 12 pelajar tahfiz termasuk seorang berasal dari Thailand, terbunuh dengan lima daripadanya maut di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Kuala Krai.
Dua belas pelajar maahad tahfiz berkenaan yang dalam perjalanan untuk menghadiri program Tafsir al-Quran di Madinah Ramadan Kota Bharu di sini, berdepan saat mengerikan apabila van yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebuah rumah di KM55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai. -- Bernama
Bernama
Sun Sep 23 2018
Muhammad Faiz yang lumpuh seumur hidup akibat kemalangan menang dalam tuntutan saman terhadap CT-One Corporation Sdn Bhd dan Maahad Tahfiz Al-Hashimi di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini. - BERNAMA
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
3 cedera, 7 selamat van terbabas di Pulau Pangkor
Tiga cedera manakala tujuh lagi selamat setelah van yang dinaiki mereka terbabas di bahu jalan di Jalan Teluk Nipah, Pulau Pangkor di sini petang tadi.
Van terbabas di Lebuhraya PLUS, sekurang-kurangnya tiga maut
Kemalangan berlaku sekitar pukul 7.30 pagi Ahad di KM190 Simpang Empat, Semanggol, arah selatan di Lebuhraya Utara-Selatan.
Maahad tahfiz diperintah bayar kos RM4.3 juta kepada bekas pelajar
Ini susulan Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd Izahir, 18 tahun, hilang upaya selepas terlibat dalam satu kemalangan van.