awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAB nafi tuduhan abai golongan kurang penglihatan dan menyeleweng

Sathesh Raj
Sathesh Raj
20/03/2015
00:00 MYT
MAB nafi tuduhan abai golongan kurang penglihatan dan menyeleweng
Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) menafikan dakwaan bahawa pihak pengurusannya telah mengabaikan keperluan golongan kurang penglihatan selain menyeleweng aset-aset MAB demi kepentingan sendiri.
Naib Presidennya, Datuk S. Gulasegaran berkata, dia turut kecewa dengan penganjuran tunjuk perasaan yang diadakan pada Rabi lalu di hadapan ibu pejabat MAB di Brickfields di sini.
Kata Gulasegaran yang dihubungi Astro AWANI pada Khamis, semua tuduhan yang dilemparkan oleh peserta tunjuk perasaan itu adalah "tidak berasas dan tidak benar."
Dia juga berkata pihaknya sudi mendengar masalah sekiranya ada seperti yang didakwa tetapi ia perlulah melalui saluran yang betul seperti melalui sesi forum dan bukannya dengan berdemonstrasi.
"MAB yang mempunyai 40,000 ahli berdaftar memang mengamalkan ketelusan.
"Satu mesyuarat exco untuk membincangkan perkara ini akan diadakan dalam tempoh terdekat.
"Mereka (pedemonstrasi) telah dihasut oleh pihak-pihak yang mempunyai agenda tertentu dalam hal ehwal MAB," kata Gulasegaran.
Dalam demonstrasi yang diadakan oleh hampir 150 anggota kumpulan golongan orang kelainan upaya (OKU) itu, mereka mengibaratkan nasib yang menimpa seperti 'harapkan pagar, pagar makan padi'.
Bantahan antara lain mendesak satu usul untuk membuat siasatan terperinci terhadap pengurusan MAB atas dakwaan salah laku dan penyelewengan aset-aset MAB.
Mereka turut membawa kain-kain rentang yang antara lain tertulis “hentikan menggunakan nama orang buta untuk menipu masyarakat”, “Selamatkan MAB” dan “lambakan pengangguran di kalangan orang buta semakin kritikal” .
Tidak boleh diharap
harapkan pagar, pagar makan padi
Penunjuk perasaan di hadapan MAB dengan sepanduk yang berbunyi ' Harapkan pagar, pagar makan padi ' . - Gambar oleh Astro AWANI/Sathesh Raj
"Kami sebenarnya tidak bimbang pasal wang tetapi lebih bimbang memikirkan masa depan anak-anak kami," kata seorang anggota berdaftar MAB, Siti Hadijah Abu Bakar.
Manakala seorang lagi anggota perhimpunan yang turut lantang bersuara, Gunasekar Govindasamy berkata : "Mereka yang celik gagal memimpin, tiba masanya untuk golongan buta menerajui sendiri kepimpinan bagi orang buta .
Pimpinan orang buta
Siapa yang perlu pimpin siapa
Antara sentimen yang bergema semasa demonstrasi itu adalah tentang pembelaan nasib golongan itu yang didakwa telah diabai oleh mereka yang sepatutnya menjaga mereka. - Gambar oleh Astro AWANI/Sathesh Raj
Topic Berkaitan
#MAB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan