awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Macam kanser tahap empat', kenderaan dua alam Amphicoach sukar diselamatkan

Astro Awani
Astro Awani
02/04/2019
09:56 MYT
'Macam kanser tahap empat', kenderaan dua alam Amphicoach sukar diselamatkan
Kenderaan Amphicoach sepatutnya menjadi antara tarikan pelancongan unik di Terengganu. - Gambar fail
Bas dua alam Amphicoach yang bakal menjadi tarikan terbaru di Terengganu berada dalam keadaan kronik dan sukar untuk diselamatkan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri Ariffin Deraman berkata ekoran itu pihak kerajaan negeri menolak projek berkenaan atas beberapa faktor termasuk keselamatan.
Katanya, keputusan itu juga dibuat berdasarkan pandangan daripada beberapa pihak termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Laut dengan alasan yang munasabah.
“Saya bagi contoh, macam orang sakit kalau kanser tahap empat, ia maknanya tak boleh disembuhkan. Sebagaimana yang disebut oleh YB Kijal tadi, adakah boleh pihak JPJ bertolak ansur?
“Pihak JPJ semacam sukar untuk bertolak ansur dengan syarat-syarat yang dikemukakan. Begitu juga dengan jabatan laut. Sebab itulah pihak kerajaan mengambil sikap tidak mengambil (meneruskan projek) bas ini,” ujarnya.
Ariffin berkata, perkara itu juga akan dibawa ke dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) untuk diselesaikan secepat mungkin.
Beliau berkata, setakat ini pihak kerajaan negeri telah membayar sebanyak RM2.7 juta dan pihaknya menyerahkan kepada pegawai undang-undang negeri untuk tindakan selanjutnya.
Bas ‘dua alam’ yang ditempah oleh kerajaan negeri pada tahun 2014 dan bertujuan merancakkan industri pelancongan selain bagi kegunaan ketika musim banjir.
Bas berkenaan juga sesuai digunakan bagi menjalankan operasi menyelamat pada musim banjir.
Topic Berkaitan
#amphicoach
#kenderaan amfibia
#kenderaan dua alam
#pelancongan
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan