Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA) 2020 bakal dianjurkan dengan lebih baik dan lebih besar dari sebelumnya.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, pameran dwitahunan itu dijanjikan akan lebih meriah dan mengagumkan pengunjung yang bakal hadir ke tapak kekal MAHA di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
"Dua tahun akan datang kita janji akan menjayakan MAHA 2020 yang lebih baik dan lebih besar serta akan mengagumkan kita semua," katanya pada Majlis Makan Malam Apresiasi MAHA 2018, di sini Jumaat malam.
Pada majlis yang sama, Salahudin turut merasmikan logo MAHA 2020.
Salahuddin berkata beliau berterima kasih kepada semua pihak kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan MAHA 2018.
"Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat dan saya yakin kita mampu gerak ke hadapan dan dapat terus bersama memajukan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai kementerian yang menjadi penyumbang besar untuk ekonomi negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2019
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub (kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA), Datuk Mohd Sallehuddin Hassan semasa melancarkan logo (MAHA) 2020. - Foto Bernama
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Petani, penternak dan nelayan di Sarawak dibenar jual hasil seperti biasa
Kerajaan negeri Sarawak putuskan sektor agrikultur dibenarkan untuk menjual hasil mereka di tempat yang dipersertujui oleh Majlis Kerajaan Tempatan dari jam 7.00 pagi sehingga 7.00 petang.