awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahadzir Lokman meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
03/08/2018
04:15 MYT
Mahadzir Lokman meninggal dunia
Pengacara terkenal Datuk Mahadzir Lokman meninggal dunia awal pagi tadi. - Gambar fail
Pengacara terkenal Datuk Mahadzir Lokman meninggal dunia awal pagi tadi.
Perkara ini disahkan adik Mahadzir, Ida Lokman ketika dihubungi Astro AWANI.
Allahyarham, 61 tahun meninggal dunia selepas menunaikan sembahyang subuh di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah.
“Mahadzir berada di Kota Kinabalu atas urusan kerja," menurut Ida.
Bagaimanapun, punca kematian masih belum dapat dikenal pasti.
A good friend & a former classmate at Sabah College KK. Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat & inayah oleh Allah SWT. Al Fatihah. TV icon Mahadzir Lokman dead at 61 https://t.co/4aEUDBcg2n
— Masidi Manjun (@MasidiM) August 3, 2018
Kru Astro AWANI kini berada di Kota Kinabalu untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung kematian Mahadzir.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur pada jam 7.40 petang ini melalui penerbangan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sejurus semua pengurusan selesai oleh ahli keluarganya.
Allahyarham dilahirkan pada tahun 1957 dan memulakan pendidikan di Methodist Boys' School di Kuala Lumpur, Sekolah Sultan Abdullah di Kuantan, Sabah College di Kota Kinabalu dan Victoria Institution di Kuala Lumpur.
Allahyarham kemudian melanjutkan pelajaran beliau di Kolej Langside dan Clydebank Technical College di Glasgow, Scotland, United Kingdom.
Allahyarham ialah graduan Universiti Ohio di Athens, Ohio, Amerika Syarikat dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan Antarabangsa.
Antara kerjaya awal Allahyarham adalah sebagai seorang penyampai berita di sebuah stesen televisyen swasta dan merupakan antara personaliti yang disegani ramai sehingga kini.
Selain itu, Allahyarham juga merupakan pengacara untuk majlis-majlis besar negara yang antara lain seperti Tilawah Quran Tahunan Antarabangsa serta majlis rasmi yang melibatkan ketua negeri dan ketua-ketua kerajaan Malaysia.
Pada tahun 2007, Allahyarham dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Allahyarham juga menerima anugerah Kesatria Setia Diraja (KSD) oleh Yang di-Pertuan Agong ke-10 iaitu Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul.
Allahyarham turut fasih berbahasa Perancis, selain bahasa Melayu dan Inggeris.
Atas usaha Allahyarham dalam mempromosikan bahasa dan kebudayaan Perancis, Mahadzir dianugerahkan 'Ordre Les Palmes Academiques " oleh Kerajaan Perancis pada tahun 2006.
Topic Berkaitan
#Kota Kinabalu
#Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
#Mahadzir Lokman
#meninggal dunia
#Methodist Boys' School
#pengacara TV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan