awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahathir gesa kerajaan sokong, beri galakan kepada pembuat kereta nasional

Bernama
Bernama
01/12/2015
23:49 MYT
Mahathir gesa kerajaan sokong, beri galakan kepada pembuat kereta nasional
MAHATHIR: Proton sepatutnya menerima bantuan kewangan daripada kerajaan untuk menjalankan aktiviti reka bentuk, penyelidikan dan pembangunan, namun belum menerimanya.
Kerajaan perlu memberi keutamaan kepada pembuat kereta nasional dengan memberikan lebih banyak sokongan dan galakan bagi memastikan kelangsungan hidup.
Pengerusi Proton Holding Bhd Tun Dr Mahathir Mohamad berkata syarikat itu seperti syarikat kereta asing yang lain, mempunyai keupayaan untuk bersaing, malah mengeluarkan kereta yang lebih baik, namun mengalami kesukaran memandangkan pembuat kereta asing mendapat sokongan kerajaan.
"Saya merasakan sudah mencukupi kerajaan tidak memberi galakan kepada kereta asing walaupun mereka tidak memberi galakan kepada Proton.
"Ini salah, anda (kerajaan) menggalakkan kereta asing dan bukan kereta tempatan. Kami memenuhi semua syarat yang dikenakan oleh kerajaan, namun kerajaan tidak menyokong kami," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Pertandingan Reka Bentuk Proton 2015.
Dr Mahathir berkata Proton sepatutnya menerima bantuan kewangan daripada kerajaan untuk menjalankan aktiviti reka bentuk, penyelidikan dan pembangunan, namun belum menerimanya.
Beliau bagaimanapun berkata Proton, mengambil inisiatif sendiri dengan menggunakan wang dalaman bagi menghasilkan kereta hibrid dan kereta elektrik.
"Kami memerlukan wang untuk menghasilkan kereta elektrik memandangkan inilah janji kami kepada kerajaan, namun kami tidak memperoleh wang," katanya. Dr Mahathir berkata kereta elektrik Proton berjalan sejauh 313 km dengan sekali cas, dan rekod ini tidak dicapai oleh mana-mana pembuat kereta elektrik lain.
"Memanglah kereta asing lebih murah dan ringan. Proton perlu mengimport input tertentu yang lebih mahal. Setiap kereta memerlukan 4,000 bahagian yang perlu dimport, proses dan reka bentuk dan menyatukan kesemuanya bukan tugas mudah," katanya.
Beliau bangga kerana rakyat Malaysia sudah memperoleh kemahiran untuk membangunkan kereta.
"Banyak yang datang ke Proton, bukan syarikat besar, untuk mempelajari kaedah membina kereta," katanya.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Proton
#Proton Holding
#sokongan kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan